Terapi Miftahunnur

Terapi Miftahunnur

Share

Assalamualaikum kepada semua Followers baru dan lama.Terima kasih kerana memberikan Sokongan,doa dan perhatian anda,semoga Allah mengabulkan segala hajat kalian dan permudahkan segala urusan.

02/06/2026

Orang kata, kalau sesuatu yang tak elok nak jadi, ia tetap akan jadi jika Allah mengizinkannya. Hanya Allah sahaja yang mampu memelihara dan melindungi kita.

Tapi bila kita tahu pekerjaan atau aktiviti yang kita lakukan itu mencabar dan mempunyai risiko tertentu, eloklah kita belajar serta mengambil langkah-langkah yang boleh dijadikan asbab untuk menjaga diri daripada perkara yang tidak dijangka.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Satu lagi, bila nak belajar sesuatu, jangan terlalu membebankan fikiran dengan persoalan yang belum tentu ada jawapannya. Fikiran yang sudah serabut, jangan ditambah lagi dengan perkara yang membuatkan kita semakin kusut.

Belajar dan lalui dahulu prosesnya. Rasai sendiri pengalaman itu. Dari situ, kita akan lebih memahami daripada sekadar mendengar cerita orang.

Yang penting, jaga adab, jaga niat dan jaga sangkaan kita terhadap orang lain.

Tak perlu kalut. Tak perlu terburu-buru.

Dan jangan terlalu sibuk mengejar gelaran hebat, mencari nama atau mahu dilihat kuat dan luar biasa. Hakikatnya, kita semua hanyalah manusia biasa. Bezanya cuma pada ilmu, pengalaman dan rezeki yang Allah kurniakan kepada setiap orang.

Akhirnya, setinggi mana pun seseorang itu pergi, semua akan kembali kepada satu, hakikatnya kita yang sama dan kita tetap hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan dan perlindungan-Nya.

-Master Nizam-

01/06/2026

Alhamdulillah......
semuanya ada di dalam 20 kaifiat Meleburkan dan memulangkan SIHIR.
Tunggu apa lagi??

Want your school to be the top-listed School/college in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Pinang