Raudhah Team
Ukhuwah islamiyah adalah ikatan hati dan jiwa yang qudus serta dihubungkan dengan akidah islamiyah. Ukhuwah islamiyah perlu disertakan bersama dengan keikhlasan berukhuwah kerana Allah, keteguhan iman dan taqwa serta kesediaan untuk bekorban demi sahabat dengan melebihkan kepentingan sahabat daripada kepentingan peribadi yakni ithar. Dan adapun itsar yang paling mulia adalah kita melebihkan sahabat tidak kira di waktu lapang mahupun sempit...
20/12/2017
🌿 | Tazkirah Hari Ini | 🌿
02 Rabiul Akhir 1439H
20 Disember 2017
Terkadang penyakit riya' dan sum'ah muncul kerana seseorang itu tidak mengenal Allah dengan benar.Orang yang tidak mengenal Allah kerana pengetahuannya tentang Allah sangat sedikit dan tidak sempurna,tidak akan dapat mengagungkan Allah dengan benar.
Mungkin ia memiliki anggapan dan keyakinan yang keliru bahawa ada selain Allah yang dapat memberikan manfaat dan mudarat sehingga ia berani memperlihatkan amal-amal baiknya kepada orang lain dengan harapan mendapatkan keuntungan dari mereka.
Dan sesungguhnya,inilah rahsia mengapa Islam mengajak manusia agar mengenal Allah dengan sebaik-baiknya.Allah S.W.T berfirman :
"Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah keampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin,lelaki dan perempuan.Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu".
[ Surah Muhammad : 19 ]
😊Syed Mahazir Shariff Ahmad
📚Merawat 7 Penyakit Hati
05/09/2017
Isteri yang solehah .
Tanggungjawab lelaki adalah besar. Didalam Al-Quran Allah Ø³Ø¨ØØ§Ù†Ù‡ وتعالى berfirman; "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan. Di dalamnya ada malaikat yang kasar lagi bengis yang tidak mengingkari terhadap apa yang diperintahkan kepadanya dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .
Bukan syurga itu untuk kamu sendiri-sendiri. Kamu yakni lelaki akan dipertanggungjawabkan oleh Allah Ø³Ø¨ØØ§Ù†Ù‡ وتعالى di akhirat ke atas isteri, anak-anak, dan adik beradik kamu, khususnya kaum perempuan. Membimbing mereka ke syurga .
Lelaki yang menerima perempuan sebagai isterinya, bermakna dia telah menerima amanah daripada Allah dan dia bertanggungjawab kepada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪï»ïº—ﻌﺎﻟﻰ, bukan hanya di dalam memberi nafkah makan dan minum ataupun nafkah batin, tetapi nafkah tarbiyah .
Nafkah tarbiyah yakni pendidikan untuk menjadikan seorang wanita solehah, isteri yang solehah. Dan jangan hanya mampu memberikan nafkah untuk dia melakukan apa saja daripada kenikmatan keduniaan tanpa di perhatikan solatnya atau hijabnya, tanpa diperhatikan siapa dia bergaul, dengan siapa .
Sebaik-baik wanita itu adalah yang tidak dikenali. Rasulullah ï·º tidak s**a memperkenalkan isterinya kepada orang lain kecuali jika ada orang yang bertanya kepada baginda rasulullah ï·º. Di zaman kita sekarang, dihebohkan dan upload di Facebook dan sebagainya. Nak tunjuk lah .
Bilamana seseorang itu berkahwin, pasangan suami isteri itu akan menjadi satu dalam segala halnya. Termasuk kebahagiaan dan juga kesusahannya, bukan hanya di Dunia tetapi juga di Akhirat. Asiah yakni isteri firaun contohnya. Tiada orang yang lebih buruk perangainya di mukabumi ini dari Firaun. Namun, tidak menjadi halangan untuk Asiah itu menjadi hamba-Nya yang solehah .
Harta-benda melimpah-ruah yang dimiliki Asiah, tidak menghalangnya untuk berdoa dan meminta kepada Allah Ø³Ø¨ØØ§Ù†Ù‡ وتعالى; "Wahai Tuhanku, bangunkan untukku di sisimu dan rumah di syurga yang dekat dengan-Mu." Inilah wanita yang cerdik di sisi Allah, penghulu wanita di syurga .
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid .
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Pinang
13700