RISDA Pulau Pinang

RISDA Pulau Pinang

Share

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

- Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA (Akta 85 Tahun 1972).
- Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952. Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang

21/05/2026
18/05/2026

๐ŸŒฑ Pokok getah tua makin kurang hasil?
Jangan tunggu kebun makin rugi!
๐Ÿ’š Hari ini tanam semula, esok tuai hasil lebih lumayan.

Pokok getah lama bukan sekadar kurang hasilโ€ฆ
ia juga boleh menjejaskan pendapatan keluarga.

๐Ÿ’ฅ RISDA Negeri Pulau Pinang menawarkan *BANTUAN* TANAM SEMULA GETAH sehingga RM20,000 sehektar kepada pekebun kecil yang layak!

โœ… Klon baharu lebih produktif
โœ… Bantuan input & racun
โœ… Sokongan teknikal RISDA
โœ… Pendapatan lebih stabil untuk masa depan keluarga

๐Ÿ“Mohon sekarang sebelum terlepas peluang!

Photos from RISDA Pulau Pinang's post 30/04/2026

**KURSUS PRINSIP PERNIAGAAN SIRI 12/2026** ๐Ÿ“Šโœจ

๐Ÿ“ 30 April 2026, Pulau Pinang

Kursus Prinsip Perniagaan Siri 12/2026 telah diadakan pada 28 hingga 30 April 2026 di ๐Ÿจ Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang dan disertai seramai ๐Ÿ‘ฅ 30 orang peserta dalam kalangan Usahawan Bimbingan RISDA Negeri Pulau Pinang yang menerima Bantuan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET).

๐ŸŽค Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Jarulullah Bin Che Jahari, Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang.
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ Puan Anne Idris (My Mum's Bakery) sebagai penceramah kursus serta ๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ’ผ Cik Nur Farah Hanan Binti Mohd selaku wakil pelaksana dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) cawangan Perak.

๐ŸŽฏ Tujuan kursus ini adalah memberi pendedahan berkaitan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan oleh usahawan. Ia merangkumi perancangan terperinci dalam aspek ๐Ÿ“ข pemasaran, ๐Ÿ—‚๏ธ pengurusan, โš™๏ธ operasi dan ๐Ÿ’ฐ rancangan kewangan perniagaan.

๐Ÿ“ˆ Secara umumnya, Prinsip Perniagaan melibatkan ramalan, jangkaan, analisis serta kaedah pelaksanaan strategi perniagaan yang berkesan.

๐ŸŒฑ Semoga kursus kali ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan usahawan yang terlibat dan membantu memperbaiki pengurusan serta perancangan kewangan pada masa hadapan.

30/04/2026

๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ฎ๐ฆ๐š ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š

Setiap titik peluh anda adalah nadi kepada kemajuan negara. Dari ladang ke bandar, dari pagi hingga malam,anda yang menggerakkan Malaysia. ๐Ÿ’ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Hari Pekerja 2026! Terus melangkah dengan semangat, kerana pekerja hari ini adalah kekuatan masa depan negara.

Ikhlas daripada warga ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€

Photos from RISDA Pulau Pinang's post 29/04/2026

๐Ÿ“ Kg Pokok Tampang, SPU | 29 April 2026 (Rabu)

๐ŸŒฟ Program Kampung Hevea Lestari telah berjaya dilaksanakan dengan pengisian utama taklimat berkaitan pemasaran getah di Pulau Pinang.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama RISDA Plantation Sdn. Bhd. bagi memberi pendedahan kepada pekebun kecil mengenai kaedah pemasaran getah yang lebih berkesan serta peluang meningkatkan pendapatan melalui saluran yang betul.

๐Ÿ‘จโ€๐ŸŒพ Taklimat telah disampaikan oleh wakil RISDA Plantation Sdn. Bhd. yang berkongsi pelbagai maklumat berkaitan strategi pemasaran, kualiti hasil serta kepentingan pengurusan jualan yang sistematik.

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผ Turut hadir memeriahkan program ialah:
โ€ข Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang
Mohd Jarulullah bin Che Jahari
โ€ข Ketua Unit Pengembangan, Produktiviti dan Pemasaran
Muhammad Effendy bin Mat Desa

Turut hadir pegawai RISDA serta pekebun kecil sekitar Seberang Perai Utara (SPU) yang menunjukkan komitmen dan minat yang tinggi sepanjang program berlangsung.

๐ŸŽฏ Antara pengisian program:
๐Ÿ“– Taklimat pemasaran getah
๐Ÿ’ฐ Pendedahan saluran jualan dan harga pasaran
๐Ÿ“Š Perkongsian strategi meningkatkan nilai hasil getah

๐Ÿ“ Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kefahaman peserta dalam aspek pemasaran getah serta membantu pekebun kecil merancang pengurusan hasil dengan lebih efektif.

๐ŸŒฑ Diharapkan segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan pekebun kecil.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang, No 532 Bagan Lebai Taher
Pinang
12990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00