RedGreen Studio Photography
We offer photography service for all occasions..
* Weddings
* Private Functions
* Commercial Shooting
* Portraitures
* Events
& Many more...
Attractive prices and deals available.
02/05/2026
Semalam saya telah menyampaikan sumbangan kerusi batu kepada Surau Nurul Taqwa, Kuil Sree Mahamariaman dan Sekolah Kebangsaan Taman Senangan untuk kegunaan masyarakat setempat.
Sebagai Ahli Majlis, saya sentiasa berusaha memberikan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan, mengikut keperluan serta memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen saya dalam memastikan kebajikan dan kemudahan rakyat sentiasa diberi perhatian.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Dato Seri Sundarajoo atas sokongan, kepimpinan serta komitmen berterusan dalam membantu rakyat dan memperkasakan pembangunan komuniti setempat.
Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh semua.
02/05/2026
Terima aduan daripada pihak Eurofins North Malaya Laboratory Sdn. Bhd. berkaitan kerosakan jalan (tanah mendap) di kawasan parkir. Tindakan segera telah diambil dengan meminta Jabatan Kejuruteraan menjalankan kerja pembaikan dan telah berjaya diselesaikan dalam masa yang singkat.
Syabas dan terima kasih kepada pasukan Jabatan Kejuruteraan atas tindakan pantas serta komitmen tinggi dalam memastikan kemudahan awam berada dalam keadaan selamat dan baik.
Penghargaan juga kepada YB Dato Seri Sundarajoo atas sokongan berterusan dalam memperkasa perkhidmatan kepada rakyat.
Sebagai Ahli Majlis, saya akan terus komited memantau dan memastikan setiap aduan rakyat diberi perhatian segera demi kesejahteraan bersama.
02/05/2026
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Permata Insan Mulia atas jemputan ke upacara sembahyang yang diadakan di Tokong Karumariamman bagi para pelajar dari Politeknik Permatang Pauh.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Lecturer Rajiv atas usaha dan komitmen dalam mengaturkan program yang penuh bermakna ini. Kehadiran seramai 120 orang pelajar jelas menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan.
Terima kasih juga kepada pihak penganjur yang telah menyediakan makanan kepada semua pelajar yang hadir. Semoga program sebegini dapat terus memperkukuh nilai spiritual dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.
02/05/2026
Sebagai Ahli Majlis, saya telah menerima aduan daripada penduduk berkenaan pokok di sebelah pasar tidak aktif yang sering menyebabkan daun gugur sehingga mengganggu pengaliran air dan mengakibatkan banjir di kawasan tersebut.
Susulan itu, saya telah meminta Jabatan Landskap untuk mengambil tindakan menebang pokok berkenaan serta menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan saliran kembali lancar dan persekitaran lebih bersih.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato Seri Sundarajoo atas sokongan berterusan dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan penduduk sentiasa menjadi keutamaan.
Terima kasih juga kepada Jabatan Landskap MBSP atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan dalam menyelesaikan isu ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Pinang