KUD Perlis Berhad
05/06/2026
3 ALK dari Koperasi Usahawan Digital Perlis Berhad telah menghadiri sesi pematuhan koperasi baru
Acara 2 hari ini berlangsung di Kangar dengan tenaga pengajar dari Institut Koperasi Malaysia Zon Utara
Terima kasih kepada SKM Perlis keraja menganjurkan acara ini
03/06/2026
Raja Perlis titah mahu MB kekal hingga akhir penggal
[PERLIS]: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah agar Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah diberikan ruang untuk terus memimpin negeri ini sehingga ke akhir penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 tanpa sebarang kacau-ganggu yang merencatkan segala perancangan telah dirangka.
Baginda juga mengingatkan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk meletakkan keutamaan rakyat berbanding kepentingan peribadi.
Titah baginda, sidang DUN sewajarnya dimanfaatkan sebagai platform terbaik untuk menjana idea-idea baharu, bernas dan konstruktif ke arah memajukan Perlis serta memperkukuh kesejahteraan rakyat secara berterusan dan bukan sebagai medan bercakaran atau bertikam lidah.
“Beta ingin mengingatkan ahli-ahli yang berhormat sekalian bahawa kerajaan ini adalah kerajaan beta.
“Justeru, beta berharap Menteri Besar diberikan ruang untuk terus memimpin sehingga ke akhir penggal DUN Ke-15 tanpa sebarang kacau-ganggu yang akan merencatkan segala perancangan dirangka.
“Berhujah dan berbahaslah dengan penuh kebijaksanaan tanpa terpengaruh dengan desakan emosi. Sentiasalah beringat bahawa generasi muda sedang memerhatikan setiap gelagat ahli-ahli yang berhormat sekalian,” titah baginda sempena perasmian penggal persidangan keempat DUN Perlis ke-15 di Kompleks Seri Putra, di sini, hari ini.
Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Baginda seterusnya menyeru ADUN untuk memberikan kerjasama erat dan berterusan kepada Menteri Besar dalam memastikan kelancaran pentadbiran serta keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
“Segala perbezaan pandangan dan pertelagahan perlu diselesaikan dengan penuh berhemah dan harmoni. Kestabilan politik merupakan satu kriteria sangat penting yang akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur untuk melabur di negeri ini.
“Justeru beta menyeru, ahli-ahli yang berhormat sekalian mengenepikan ego masing-masing dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri beta,” titah baginda.
Baginda turut menitahkan semua pihak terus berganding bahu, memperkukuhkan perpaduan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta iltizam demi kemajuan negeri ini.
“Beta berdoa semoga negeri Perlis dan seluruh rakyat jelata sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta terus menikmati keamanan dan kemakmuran yang berkekalan,” titah baginda.
09/02/2026
USAHAWAN DIGITAL PERLIS : PULUN BUAT DUIT SEMASA RAMADAN!
Jom usahawan di Perlis, kita bergabung di bawah satu medan bagi perkasakan ekosistem digital di negeri Perlis!
Tarikh : 14 Feb 2026
Masa : 9am - 4pm
Lokasi : Auditorium Perpustakaan Kangar
Tentatif Program
09:00 AM : Pendaftaran Peserta
09:15 AM : SLOT 1: KELAS TIKTOK AFFILIATE – BASIC BOOTCAMP (Bhg. 1) •
🧠 Mindset Reset & Realiti Affiliate.
🧱 Flow Duit & Algoritma TikTok.
⚙️ Setup Akaun & Rahsia Produk Fast-Convert.
10:45 AM : Rehat Ringan (Networking)
11:00 AM : SLOT 1: KELAS TIKTOK AFFILIATE – BASIC BOOTCAMP (Bhg. 2) •
🎥 Struktur Konten (View vs Sales).
🚫 Pantang Larang & Elak Shadowban.
🔥 Ex*****on Plan: Roadmap 30 Hari.
12:30 PM : SESI TAKLIMAT AGENSI PENGEMBANGAN EKONOMI
01:00 PM : Makan Tengahari & Solat Zohor
02:00 PM : SLOT 2: FORUM INSPIRASI USAHAWAN PERLIS Tajuk: "Transformasi Digital: Strategi Lokal, Impak Global"
🎤 Panel 1: En. Ezreen Muhaizie bin Marzukhi (Dibuk Synergy Sdn. Bhd.) Fokus: Power Branding & Kekuatan Identiti Digital untuk Bisnes.
🎤 Panel 2: En. Muhammad Nasrul bin Yazi (Nasr Utara Automotif Sdn. Bhd.) Fokus: Teknik Tarik Pelanggan "Walk-In" melalui Media Sosial.
03:30 PM : MAJLIS PELANCARAN DIGITALPERLIS.COM
Gimik pelancaran portal & Sesi Demo Portal Usahawan.
03:50 PM : Sesi Penutup & Penyampaian Sijil
04:00 PM : Sesi Bergambar & Bersurai
Jemput beramai ramai! Daftar disini - https://basecommunity.org/product/usahawan-digital-perlis-pulun-buat-duit-bulan-ramadan/
14 Feb 2026 :: Auditorium Perpustakaan Kangar :: 9am-4pm
Jemput hadir beramai ramai!
Ikut kajian 2024, individu yang bekerja sendiri di Perlis average hanya mendapat RM 1190/sebulan
Perlis mempunyai keluasan tanah 813.0 kilometer persegi. Jumlah penduduk Perlis dianggarkan seramai 296.8 ribu orang pada tahun 2024
Save the date : 14 Februari 2026
Kelas Digital untuk Usahawan Perlis
Koperasi kita masih dalam pra pendaftaran, dah terima sijil pendaftaran maka bolehlah buat pendaftaran jadi ahli ya
Masuk group dulu kita bernetworking dulu
11/01/2026
KANGAR, 12 Januari 2026 – Suasana di Mokti Kangar Jaya semalam (11 Januari) nampak sedikit luar biasa. Bukan sekadar orang ramai datang mencari aiskrim gula apong yang viral tu, tapi rupa-rupanya ada "peristiwa besar" sedang berlangsung di situ.
Kumpulan usahawan digital negeri ini secara rasminya telah berkumpul bagi menjayakan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Usahawan Digital Perlis Berhad.
Bukan Mesyuarat 'Boring' Biasa
Lupakan imej mesyuarat dalam bilik hotel yang kaku dan formal. Dengan mood yang cukup santai tapi penuh visi, mesyuarat ini menjadi titik tolak kepada penyatuan usahawan digital di Perlis. Pemilihan lokasi di Mokti Kangar Jaya bukan sahaja memberikan vibe yang segar, malah memudahkan ahli untuk berbincang dalam keadaan yang tidak tertekan.
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah:
- Pelantikan Ahli Lembaga Koperasi (ALK): Memilih nakhoda yang bakal memacu kapal digital ini.
- Visi Digital: Bagaimana koperasi boleh membantu usahawan tempatan memasarkan produk ke tahap global menggunakan teknologi.
- Ekonomi Berjemaah: Memupuk semangat kerjasama sesama usahawan digital agar tidak "berjalan sorang-sorang".
Kenapa Koperasi Digital?
Dunia sekarang semuanya di hujung jari. Menurut jurucakap jawatankuasa penaja, penubuhan koperasi ini bertujuan untuk memastikan usahawan digital di Perlis mempunyai suara yang lebih kuat, akses kepada dana yang lebih mudah, dan jaringan kerjasama yang lebih luas
Langkah Seterusnya?
Dengan berakhirnya mesyuarat agung permulaan ini, proses pendaftaran rasmi akan diteruskan dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Nampaknya, ekosistem digital di Perlis Indera Kayangan bakal menjadi lebih rancak selepas ini!
Tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli baru. Semoga Koperasi Usahawan Digital Perlis Berhad terus sukses dan mampu mengangkat martabat ekonomi anak muda Perlis!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
No 59 Jalan Desa Saujana 2
Perlis
02600