Anak Perlis
Whasap Admin Skrg : https://bit.ly/3cFEuzV
23/11/2025
ANJIR DI WANG KELIAN, 1 PPS DIAKTIFKAN
WANG KELIAN, 23 November- Satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di Padang Besar iaitu di SK Lubuk Sireh susulan kejadian banjir yang melanda sekitar Kampung Wang Kelian pagi ini.
Ini susulan hujan lebat yang berlaku sejak malam tadi yang berterusan sehingga pagi ini yang menyebabkan kampung berkenaan mula dinaiki air.
Menurut Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, seramai 120 penduduk dari 40 keluarga sekitar Kampung Wang Kelian terjejas dengan kejadian banjir yang sedang berlaku ketika ini.
Ketika ini, proses pemindahan mangsa telah mula dilaksanakan menggunakan aset Jabatan Pertahanan Awam dan Polis.
Beliau menasihatkan penduduk supaya berpindah dengan segera sekiranya rumah kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat ketika ini di seluruh Perlis.
Beberapa sungai utama sekitar Padang Besar kini berada di paras bahaya iaitu Sungai Pelarit berada pada paras 106.42 meter melebihi paras bahaya 106.40, Sungai Chuchoh pada paras 39.47 meter melebihi paras bahaya 38.50 dan Sungai Korok pada paras 29.83 meter melebihi paras bahaya 29.60 meter.
Selain itu, satu lagi sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Jarum pada paras 33.31 meter.
Wartawan: WAN NOOR AZLEY
23/11/2025
PADANG BESAR, 23 November - Sehingga pukul 10 malam tadi, jumlah penduduk terjejas banjir di sekitar Padang Besar yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat.
Berbanding hanya 222 individu pada pukul 6 petang tadi, kini jumlah berkenaan telah meningkat kepada 332 individu mewakili 98 keluarga.
Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Ku Chik Ku Mat Isa ketika dihubungi, PPS terbaharu yang diaktifkan ialah di Dewan Semai Bakti Felda Mata Ayer yang menempatkan 67 individu mewakili 21 keluarga sekitar Felda Mata Ayer.
'Yang sahih di RTM'
23/11/2025
23/11/2025 - Ahad] Operasi menyelamat di Daerah Padang Besar melibatkan Kampung T**i Tinggi, Kampung Wang Kelian, Kampung bukit Chabang dan kampung² terjejas banjir. Semoga dipermudahkan urusan mangsa dan petugas.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
PerlisAktif
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Anak
Perlis
01000