Program Bakti Siswa Azhar KPP
23/07/2024
[ MAJLIS KUNJUNG HORMAT ]
22 Julai 2024, Isnin - telah diadakan Majlis Kunjung Hormat Keluarga Pelajar-pelajar Perlis ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).
Majlis yang dihadiri oleh Tuan Hafeez bin Abu Seman(Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Perlis),Muhammad Haafizudin bin Abirerah (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPs), Ustaz Mohammad Isyraf bin Ishak (Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPs), Ustazah Nur Atikah Adzhar (Nazir Sekolah Islam) bersama wakil pimpinan Keluarga Pelajar-pelajar Perlis berkongsi hal ehwal pendidikan anak Perlis di Mesir, JAIPs sangat komited dan cakna dalam memastikan pengajian dan pembelajaran warga KPP sentiasa dalam tahap cemerlang.
JAIPs juga menyambut baik beberapa usaha dan aktiviti Program Bakti Siswa Azhar 2024 yang telah dan akan berlangsung, insyaAllah beberapa program kerjasama antara JAIPs dan PBSA akan dijalankan.
Terima kasih diucapkan kepada JAIPs kerana sudi menerima kunjung hormat daripada kami.
Semoga hubungan baik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bersama Keluarga Pelajar-pelajar Perlis (KPP) diberkati oleh Allah 'Azzawajalla serta memberikan kebaikan dan manfaat buat semua.
"BERKHIDMAT, BERBAKTI, BERBUDI"
"BELAJAR, BERAMAL, BERTAKWA"
Disediakan oleh :
Pengarah,
Program Bakti Siswa Azhar 2024.
dengan kerjasama
Jabatan Setiausaha,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis sesi 2023/2024.
23/07/2024
[RIADAH SANTAI PBSA]
| PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK|
24 Julai 2024, rabu - akan berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan PBSA yang dibarisi ahli dan alumni KPP serta Alumni Almaad menentang ALMAAD u17 bertempat di padang bola sepak Almaad.
"BERKHIDMAT, BERBAKTI, BERBUDI"
Disediakan oleh :
Unit Pengisian Outdoor,
Program Bakti Siswa Azhar,
Keluarga Pelajar-pelajar Perlis sesi 2023/2024
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Perlis