Az-zahra
18/01/2026
Mesyuarat Kali Pertama Ahli Jawatankuasa Az-Zahra 2026
Alhamdulillah, mesyuarat kali pertama Ahli Jawatankuasa Az-Zahra bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar.
Insya-Allah, Az-Zahra akan terus bergerak maju dan berganding bahu dalam usaha memperkukuhkan persatuan serta melaksanakan program-program yang telah dirancang, selaras dengan visi dan misi Az-Zahra.
Butiran Mesyuarat:
đź“… Tarikh: 18 Januari 2026
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Yayasan Pok dan Kasim,
Pangkalan Assam, Kangar, Perlis
Semoga segala perancangan dan usaha yang digerakkan mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.
30/11/2025
🌧️ Alhamdulillah
đź“… 30 November 2025
Team Azzahra bersama Team Khidmat Malaysia turun padang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir —
🏡 Membersihkan rumah yang terjejas
🎒 Mengedarkan bantuan keperluan
Menyediakan makanan
Semoga segala usaha kecil ini menjadi asbab keringanan dan kekuatan buat semua mangsa. 🤲✨
12/09/2025
Program Seed of Knowledge
“Misi Membawa Keluarga ke Syurga”
Bersama Ustazah Asma’ Harun
• Tarikh: 11 September 2023
• Tempat: Dewan Warisan, Kangar, Perlis
• Penceramah: Ustazah Asma’ Harun
Pertubuhan Azzahra telah dijemput menghadiri Program Seed of Knowledge bertemakan “Misi Membawa Keluarga ke Syurga” yang berlangsung di Dewan Warisan Kangar, Perlis. Program ini menampilkan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun, yang menyampaikan tazkirah penuh pengisian berkaitan pembinaan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah menurut syariat Islam.
Impak & Pengajaran
1. Menyedarkan para hadirin tentang pentingnya institusi keluarga dalam membentuk masyarakat yang beriman.
2. Memberi panduan bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan mendidik anak-anak dengan acuan agama.
3. Mengukuhkan semangat untuk terus menghadiri majlis ilmu yang dianggap sebagai “taman syurga”.
Pertubuhan Azzahra amat berbesar hati atas jemputan ke majlis ilmu ini. Semoga penganjuran sebegini dapat diteruskan bagi memperkukuhkan ukhuwah serta menambah ilmu sebagai bekalan menuju reda Allah SWT.
“Majlis ilmu adalah taman syurga.”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 26 Jalan Singgahsana 5
Perlis
02100