Penggerak Pendidikan Perlis

Penggerak Pendidikan Perlis

Share

Photos from Penggerak Pendidikan Perlis's post 11/07/2026

11 Julai 2026 | Taman Jali, Kangar

Alhamdulillah, Program Bersama Komuniti Taman Jali & Taman Seri Guar telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Julai 2026 bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, melibatkan penyertaan komuniti setempat Taman Jali dan kawasan sekitarnya.

Program ini merupakan anjuran bersama PENGGERAK, JPKKP Taman Jali, MPKK Taman Jali & Surau Imam As Shafie Taman Jali dengan sokongan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, LPPKN Negeri Perlis, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perlis, SWCorp Perlis dan E-Idaman.

Pelbagai aktiviti bermanfaat telah berjaya dilaksanakan, antaranya:
✅ Saringan Kesihatan oleh LPPKN Negeri Perlis
✅ Plogging Challenge
✅ Kempen "Trash To Cash" oleh SWCorp Perlis
✅ Ceramah Kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
✅ Ceramah Kenegaraan oleh Tuan Noor Amin bin Ahmad, Sahabat Penggerak MADANI AKM
✅ Kuiz Interaktif Kenegaraan Malaysia MADANI bersama AKM
✅ Cabutan Bertuah

Turut hadir YB Gan Ay Ling ADUN Indera Kayangan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi, jawatankuasa penganjur, sukarelawan, rakan strategik serta seluruh penduduk yang telah hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga kerjasama erat seperti ini dapat diteruskan demi membina komuniti yang lebih sihat, prihatin, bersatu padu dan menghayati nilai-nilai Malaysia MADANI.

26/06/2026

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, mencerminkan aspirasi membina negara yang maju, inklusif dan harmoni demi kesejahteraan seluruh rakyat. 🇲🇾✨

🇲🇾 Layari Merdeka360.my untuk memuat turun logo rasmi, lagu patriotik dan pelbagai bahan promosi bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan kita!

Want your school to be the top-listed School/college in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Perlis