Perlis Permai

Perlis Permai

Share

11/06/2026

Kemajuan Projek Pembinaan Fasa 1 Sekolah Sukan Malaysia Perlis Capai 87 Peratus

PADANG BESAR, 10 Jun - Projek Pembinaan Fasa 1 Sekolah Sukan Malaysia Perlis kini mencapai tahap kemajuan 87 peratus, mendahului jadual sebanyak dua peratus sekali gus membuka laluan pengoperasian sekolah itu dengan kapasiti awal 200 pelajar yang dijangkakan pada tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata Kementerian Pendidikan (KPM) kini memberikan fokus kepada persediaan pengoperasian termasuk penyelarasan teknikal, perolehan perabot dan penyediaan kemudahan bagi memastikan sekolah itu dapat dibuka selepas pembinaan selesai.

“Setakat hari ini peratusan penyiapan projek adalah 87 peratus, dua peratus mendahului jadual. Jadual setakat ini sepatutnya 85 peratus, (tetapi) kita sekarang telahpun mencecah 87 peratus.

"Kita akan teruskan persiapan supaya apabila pembinaan selesai dan semua keperluan dipenuhi termasuk proses mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), sekolah ini boleh beroperasi dengan segera," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembinaan sekolah sukan itu, di sini, hari ini.

Pada 27 April tahun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook, antara lain menggesa projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang terbengkalai sejak 12 tahun lepas diserahkan segera kepada syarikat kerajaan yang berkeupayaan.

Kah Woh berkata pengoperasian awal sekolah itu melibatkan pengambilan 100 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan tanpa perlu menunggu keseluruhan pembangunan Fasa 2 sekolah sukan itu disiapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM104 juta di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RP1 RMK13) bagi pelaksanaan pembinaan Fasa 2 Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang akan memperluaskan kapasiti dan kemudahan sekolah berkenaan.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : BERNAMA
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

11/06/2026

SCAM ALERT❗️

🚨 SCAM QR & OTP SEMAKIN BERLELUASA 🚨
Mereka menyamar sebagai “pegawai rasmi” Boost, Shopee, Grab, SPayLater…
👉 Nampak legit, tapi sebenarnya ia adalah perangkap 😈

⚠️ Modus Operandi: antaranya nak “Upgrade akaun”, “Naikkan limit”, “Pengesahan keselamatan”
👉 Lepas tu suruh: 📷 Scan QR & 🔢 Bagi OTP

❗ HAKIKAT SEBENAR:
QR = akses akaun anda
OTP = kunci penuh akaun anda

⏱️ SEKIRANYA BOCOR? Dalam sekelip mata saja:
💸 Duit dalam akaun atau e-wallet anda akan lesap;
📉 Transaksi berlaku tanpa kita sedar atau kebenaran;
📊 Hutang meningkat;
🔐 Akaun kita diambil alih & Risiko menjadi keldai akaun sangat tinggi.

🛑 INGAT INI:
❌ Jangan scan QR dari call / WhatsApp / SMS dari sumber yang tidak dikenali;
❌ Jangan kongsi OTP dengan pihak ketiga;
❌ Syarikat yang sah TAK AKAN minta OTP.

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

10/06/2026

Biar Kekal Hingga Habis Penggal, Ikut Titah Raja Perlis - Gan Ay Ling

KANGAR: Masalah antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diharap tidak menjejaskan pentadbiran negeri yang sebaik-baiknya kekal sehingga tamat penggal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan daripada Pakatan Harapan (PN), Gan Ay Ling berkata, apa jua tindakan yang bakal diambil perlu mengambil kira kepentingan rakyat.

Beliau yang juga wakil rakyat pembangkang tunggal di negeri ini, sebagai mana titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah perlu dikekalkan sehingga habis penggal, tanpa kacau-ganggu.

“Kedudukan rakyat perlu diambil kira sebelum membuat apa jua pertimbangan termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pembubaran DUN akan melibatkan kos, sebaliknya rakyat dan pembangunan negeri perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding isu-isu lain.

“Bagi saya, apa jua berlaku antara Pas dan Bersatu, sebaik-baiknya kekalkan pentadbiran kerajaan negeri sehingga habis penggal. Ikut titah tuanku Raja Perlis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Ay Ling enggan mengulas sama ada beliau akan bersama Pas atau menyokong kerajaan negeri pimpinan Abu Bakar.

Sebaliknya kata beliau, semua ADUN perlu mengutamakan rakyat berbanding isu politik.

Gambar : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

Want your business to be the top-listed Media Company in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Perlis