HBT Force

HBT Force

Share

Photos from HBT Force's post 31/08/2024

Tahniah dan Syabas! kepada anggota-anggota Pengawal Keselamatan yang bertugas di Hospital KPJ Perdana kerana telah berjaya memenangi tempat Pertama di dalam Pertandingan Mencipta Video Pendek sempena Hari Kemerdekaan tahun 2024 anjuran Hospital KPJ Perdana.
-
Kemenangan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada profesion pengawal keselamatan dan juga kepada anggota-anggota Pengawal Keselamatan di seluruh Malaysia 🇲🇾
-
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Photos from HBT Force's post 25/10/2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI

Kami HBT Force (M) Sdn. Bhd. ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali terutama Rakyat Malaysia yang menganut agama Hindu.

Semoga sambutan tahun ini dapat menimbulkan rasa gembira dan bahagia apabila dapat merayakannya bersama sanak saudara.

Dan semoga cahaya yang melambangkan Perayaan Deepavali ini akan turut menyinari nilai-nilai yang mengukuhkan perhubungan dan kebersatuan kita semua.

"SELAMAT HARI DEEPAVALI"

Aktiviti tahunan syarikat :-

Sumbangan Kuih sempena Perayaan Deepavali

Sumbangan Kuih tradisional kaum India berupa Manisan dan Murukku kepada anggota Pengawal Keselamatan yang menganuti agama Hindu bersempena perayaan Deepavali 2022

01/05/2022

Assalamulaikum & Salam Aidilfitri

Dikesempatan ini saya mewakili pihak pengurusan dan seluruh warga kerja team HBT FORCE (M) SDN. BHD. ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1443H kepada semua warga kerja syarikat ini. Semoga Aidilfitri kali ini diraikan dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di Aidilfitri.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL-FITRI💫
MAAF ZAHIR & BATIN

Dengan ingatan tulus ikhlas dari
Pengurusan
HBT FORCE (M) SDN. BHD.

07/02/2022

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Belangsungkawa

Dengan rasa yang amat dukacita dimaklumkan seorang anggota Pengawal Keselamatan syarikat iaitu Pn. Raimah Bee binti Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 07 Februari 2022 pada jam lebih kurang 10.15 pagi di Hospital Besar Pulau Pinang.

Allahyarhamah merupakan seorang anggota Pengawal Keselamatan yang bertugas di Zon E (TPLV) negeri Pulau Pinang. Disepanjang perkhidmatan sebagai anggota Pengawal Keselamatan allahyarhamah sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan menjadi contoh kepada anggota-anggota Pengawal Keselamatan yang lain.

Bagi pihak pengurusan dan semua kakitangan syarikat HBT FORCE (M) SDN. BHD. mengambil kesempatan bagi mengucapkan Salam Takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang mengenali Allahyarhamah.

Semoga allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

AL-FATIHAH 🤲🏻

03/11/2021

May this Festival of Light bring you and your family happiness, prosperity and success in all your endeavours.

From all of us at HBT Force, we wish you a Happy Deepavali! 🪔

Want your business to be the top-listed Business in Perai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 1, Tingkat 1, Lorong Kelasah 1, Taman Kelasah, Seberang Jaya
Perai
13700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00