Pekan Update
09/04/2025
Moh rodong-rodong anak-anak Pahang di perantauan Tokwan jemput semua untuk hadir ke RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERANTAU ANAK PAHANG 2025 yang akan diadakan pada 14 April 2025 (Isnin), dari jam 8 hingga 11 malam di DEWAN PERDANA FELDA, KUALA LUMPUR.
Ayuh kita raikan Syawal bersama dalam suasana penuh keriangan dan silaturrahim.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
09/04/2025
Operasi penguatkuasaan kebun durian haram di Sungai Ruan bukan sekadar tindakan biasa, ia adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri bertindak tegas demi menjaga kedaulatan tanah negeri, tanpa terikat pada sebarang tekanan luar. Walaupun ada pihak yang cuba mempertikai tindakan ini, kenyataannya jelas – perintah Mahkamah pun tidak menghalang penguatkuasaan undang-undang yang wajar.
Jangan biarkan naratif negatif mengaburi mata kita. Tindakan ini adalah langkah penting dalam memastikan tanah negeri tidak dicuri dan dilanggar undang-undangnya. Kerajaan Negeri tidak akan tunduk pada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kemudahan dan tanah yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan bersama.
Kita perlu ingat, ini bukan soal politik, ini soal prinsip – soal memastikan hak tanah negeri dijaga, dan penceroboh yang berani melanggar undang-undang perlu diambil tindakan. Jangan mudah tertipu dengan persepsi, mari kita sokong tindakan yang betul demi masa depan negeri kita.
https://pahangmedia.my/archives/45785?fbclid=IwY2xjawJjHd5leHRuA2FlbQIxMQABHpkS3FUGJWqjCIwYd4bzhOpWTg9SsGQ77WFfh1zIj3qatUHy6yfeLaXsI7LA_aem_vvn0SI34NiAuW3tnPhbTkg
OPERASI PENGUATKUASAAN KEBUN DURIAN HARAM DI SUNGAI RUAN TIDAK TERIKAT PERINTAH MAHKAMAH - Pahang Media Oleh : Norhafizan Zulkifli KUANTAN, 09 APRIL 2025 : Kebun pokok durian haram yang ditebang dalam satu operasi dijalankan oleh penguatkuasa Kerajaan Negeri di Sungai Ruan, Raub semalam tidak terikat dengan mana-mana perintah mahkamah. YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato' Sri Saiful Edris....
17/03/2025
JUALAN MAKMUR 2025
Orang Pekan siap2 save tarikh semua 26 & 27 ni Jualan Makmur akan berlangsung. Time ni la nak shopping kaw2
Terima Kasih kepada Yb Wan Rosdy bin Wan Ismail untuk inisiatif ni
21/02/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Pekan