Ustaz Ismi

Ustaz Ismi

Share

Latar Belakang Pendidikan

Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (1987 - 1989)

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang (1990 - 1991)

University Of Jordan, Jordan (1992 - 1996)

Maktab Perguruan Islam, Bangi (1997)

Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2001 - 2003)

Photos from Ustaz Ismi's post 18/06/2026

𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐈𝐬𝐦𝐢 : 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐏𝐫𝐢𝐡𝐚𝐭𝐢𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧
𝐷𝑎𝑙𝑎𝑚 𝐻𝑖𝑏𝑎 𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑖𝑟𝑖𝑛𝑔𝑖, 𝐷𝑎𝑙𝑎𝑚 𝐷𝑜𝑎 𝐾𝑖𝑡𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑦𝑎𝑛𝑡𝑢𝑛𝑖

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

YB Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib, Ahli Parlimen Parit, hari ini hadir menunaikan solat jenazah Allahyarhamah Puan Fatimah binti Ahmad Zakaria, CC FAMA Negeri Perak, yang telah kembali ke rahmatullah.

Kehadiran beliau sebagai tanda penghormatan terakhir buat Allahyarhamah serta menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang.

YB Ustaz Ismi turut meluangkan masa bertemu waris, ahli keluarga dan masyarakat setempat yang hadir bagi sama-sama mengiringi urusan jenazah dengan penuh rasa hiba dan kasih persaudaraan.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, mencucuri rahmat ke atas rohnya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Al-Fatihah.

18/06/2026

Jemput semua sama -sama menyertai dan memeriahkan

Photos from Ustaz Ismi's post 16/06/2026

𝐂𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐉𝐚𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐮𝐣𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡
𝑃𝑖𝑚𝑝𝑖𝑛𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑀𝑎𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑘𝑎𝑡 𝐵𝑒𝑟ℎ𝑖𝑚𝑝𝑢𝑛 𝐷𝑎𝑙𝑎𝑚 𝐶𝑒𝑟𝑎𝑚𝑎ℎ 𝑃𝑒𝑟𝑑𝑎𝑛𝑎 𝑃𝐴𝑆 𝐾𝑎𝑤𝑎𝑠𝑎𝑛 𝑃𝑎𝑟𝑖𝑡

Telah berlangsung Program Ceramah Perdana bertempat di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Parit, Bota dengan kehadiran para pimpinan, ahli serta masyarakat setempat.

YB Ustaz Ismi dalam ucapannya menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir bagi memeriahkan majlis ilmu dan kebersamaan ini.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran penceramah jemputan iaitu YB Ustaz Jamaludin bin Yahya, Ahli Parlimen Pasir Salak dan YB Ustaz Shahrir Long, ADUN Pantai Merdeka yang sudi hadir menyampaikan perkongsian, nasihat serta taujihat perjuangan kepada masyarakat.

Program seperti ini bukan sekadar medan penyampaian ceramah, tetapi menjadi ruang memperkukuh ukhuwah, menyuburkan kefahaman Islam serta membina kesedaran bersama dalam membawa suara rakyat dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Semoga setiap perkongsian yang disampaikan menjadi bekalan semangat untuk terus istiqamah dalam perjuangan, mendekati masyarakat dan memperkukuh peranan Islam dalam kehidupan.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.

Islam Memimpin, Rakyat Sejahtera.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Parit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Parit

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00