Maktab Rendah Sains MARA Parit

Maktab Rendah Sains MARA Parit

Share

Photos from Maktab Rendah Sains MARA Parit's post 08/06/2026

TAHNIAH WARGA MRSM PARIT

Sukacita dimaklumkan bahawa dua orang pelajar MRSM Parit telah berjaya melayakkan diri sebagai finalis Kembara Literasi MRSM 2026, anjuran bersama PTS dan MARA.

Majlis Penutup Kembara Literasi MRSM 2026 telah berlangsung pada 5 Jun 2026 di PWTC, Kuala Lumpur.

Lebih membanggakan, cerpen yang memenangi pertandingan ini telah diterbitkan.

Keputusan Pertandingan:

🥇 Johan Kategori Karya Matematik Ummi Umairah binti Khairuddin (Tingkatan 3)

🎖️ Saguhati Pilihan Editor Kategori Kejuruteraan Haifa Qaisara binti Zuhaili Fikri (Tingkatan 3)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga MRSM Parit untuk terus cemerlang dalam bidang penulisan dan literasi.

Ucapan penghargaan dan terima kasih turut ditujukan kepada Cikgu Shahadatina selaku guru pengiring, guru-guru Unit Bahasa Melayu, ahli Jabatan Bahasa, serta semua guru yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan sepanjang program ini berlangsung.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan MRSM Parit atas bantuan dan sokongan yang diberikan dalam memastikan kelancaran penyertaan serta perjalanan program ini.

Syabas dan tahniah!

Photos from Maktab Rendah Sains MARA Parit's post 22/05/2026

Alhamdulillah, selesai sesi restu dan pelepasan bagi dua orang pelajar MRSM Parit yang akan mewakili negeri Perak ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Pelajar yang terlibat ialah:

1. Nur Darwisyah Auni bt Ahmad Fauzi
mewakili Perak ke Kejohanan Catur MSSM di Miri

2. Nur Ain Marissa bt Mohd Azril
mewakili Perak ke Kejohanan Tenis MSSM di Johor Bahru

Seluruh warga MRSM Parit mendoakan agar kedua-dua pelajar diberikan kesihatan, ketenangan dan kejayaan sepanjang kejohanan berlangsung serta mampu mengharumkan nama negeri Perak dan MRSM Parit di peringkat kebangsaan.

Semoga memperoleh pencapaian yang cemerlang dan dipermudahkan segala urusan.

Photos from Maktab Rendah Sains MARA Parit's post 15/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua guru dan staf MRSM Parit.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan, komitmen dan usaha yang tidak pernah jemu dalam mendidik, membimbing serta membentuk generasi masa depan. Semoga segala ilmu dan kebaikan yang dicurahkan menjadi amal yang berpanjangan.

Teruslah menjadi inspirasi, pembakar semangat dan pencetus kejayaan buat anak-anak bangsa. Selamat Hari Guru.

Photos from Maktab Rendah Sains MARA Parit's post 03/05/2026

A2A STUDY BOOST 2 MEI 2026

Subjek : Bahasa Melayu Tingkatan 4 & 5
Masa : 8.00 pg – 10.00 pg
Aktiviti :
• Tingkatan 4 : Kertas 2 - Rumusan & Novel
• Tingkatan 5: Pemantapan teknik Menjawab Kertas 2,
Pengukuhan topik Peperiksaan Semester 1

Subjek : Kimia Tingkatan 4 & 5
Masa : 11.00 pg – 1.00 ptg
Aktiviti :
• Tingkatan 4 : 1. Chem formula alkane & alkene & ⁠
Perbincangan Paper 6, 0620 June 2025
• Tingkatan 5: Teknik menjawab Kertas 3 (Amali) &
Perbincangan Kertas 2 Bahagian C (Esei respon terbuka)

Subjek : Matematik Tingkatan 4 & 5
Masa : 2.30 ptg – 4.30 ptg
Aktiviti :
• Tingkatan 4 : Quiz & Discussions : ⁠Probability of Combined
Events & Similarity
• Tingkatan 5 : Lecture & Quiz (Mathematical modeling) &
Discussion paper 2 Section B ( Final sem 1 2024)

Taklimat Bersama TPKA (Tingkatan 4 & 5)
Tempat : Pusat Islam
Masa : 9.00 mlm – 10.30 mlm

Photos from Maktab Rendah Sains MARA Parit's post 02/05/2026

A2A STUDY BOOST 1 MEI 2026

Subjek : Fizik Tingkatan 4 & 5
Tempat : ISRC MRSM Parit
Masa : 8.00 pg – 10.00 pg
Aktiviti :

• Tingkatan 4 : Ulangkaji topik Elektrik dan Elektromagnet bagi mengukuhkan pemahaman konsep serta meningkatkan kemahiran menjawab soalan berformat peperiksaan.

• Tingkatan 5 : Taklimat Ujian Amali Sains serta ulang kaji esei bagi topik berkaitan untuk persediaan peperiksaan semester.

Subjek : Pendidikan Islam Tingkatan 4 & 5
Masa : 2.30 ptg – 4.30 ptg
Aktiviti :

• Tingkatan 4 : Ujian Pra Akhir (Final Pre-Test) bagi menganalisis serta menyelesaikan soalan KBAT untuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar

• Tingkatan 5 : Ulang kaji topik bagi persediaan peperiksaan Semester 1 serta pengukuhan kefahaman konsep.

Subjek : Pendidikan Moral Tingkatan 4 & 5
Masa : 2.30 ptg – 4.30 ptg
Aktiviti : Buddy Boost & Peer Review

Subjek : Biologi Tingkatan 4 & 5
Masa : 9.00 mlm – 10.30 mlm
Aktiviti :

• Tingkatan 4 : Ulangkaji Kertas 6-0610/62/FM/25
• Tingkatan 5 : Ulangkaji Kertas 3

Subjek : Prinsip Perakaunan Tingkatan 5
Masa : 9.00 mlm – 10.30 mlm
Aktiviti : Ulangkaji Kertas 2 Bahagian A

Want your school to be the top-listed School/college in Parit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Parit-Tanjung Belanja
Parit
32800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00