BALAI POLIS PARIT

BALAI POLIS PARIT

Share

Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 01/05/2026
01/05/2026

"SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA"

YDH Supt Hafezul Helmi bin Hamzah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Pekerja" kepada seluruh masyarakat di Malaysia khususnya Warga PDRM IPD Perak Tengah.

22/04/2026

JANGAN LANGGAR LAMPU MERAH!

Jangan kerana terlalu tergesa-gesa, kita abaikan peraturan jalan raya. Lampu isyarat dicipta untuk menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya.

Melanggar lampu merah bukan sahaja mengundang kemalangan, malah boleh meragut nyawa diri sendiri dan orang lain.

Patuhi lampu isyarat, kawal emosi ketika memandu dan sentiasa utamakan keselamatan.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik β€˜Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#21042026

Photos from BALAI POLIS PARIT's post 10/04/2026

ππ„πŒπ€ππ“π€π”π€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ€π–π€π‹π€π πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π
πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‘π”πŒπ€π‡ π“π„π‘ππ”πŠπ€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ
π„π‡π„π˜ππ’ @ 𝐀𝐃𝐔𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀

Parit, 10 April 2026 (Jumaat) hingga 1800hrs - Ketua Polis Balai Parit SM Noreffendy bin Mohd Noor bersama anggota Polis Balai Parit telah melaksanakan pemantauan dan kawalan keselamatan secara menyeluruh sempena penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri EHEYNS @ ADUN Belanja yang berlangsung di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Pekan Parit.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Dato Khairudin Bin Abu Hanafiah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak @ Adun Belanja, Dato’ Haji Mohd Zolkafly Bin Haji Harun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Perak, Ydh Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari Orang Besar Jajahan Manjung, Tuan Mohd Zaki bin Abdul Rahman Pegawai Daerah Perak Tengah, YDH Supt Hafezul Helmi bin Hamzah Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Mohd Azhar Bin Alias YDP Majlis Daerah Perak Tengah, Dato’ Drs. Mohd Nizar bin Zakaria Ketua UMNO Bahagian Parit, YDH Dsp Aizuddin Bin Jamaludin Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Pegawai-pegawai Kanan Polis IPD Perak Tengah serta orang awam dengan anggaran kehadiran seramai 1,500 orang. Kehadiran ini sekali gus mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Sepanjang tempoh penganjuran, keadaan adalah terkawal, selamat dan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini, hasil kerjasama semua pihak yang terlibat.

PDRM kekal komited dalam memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara serta memperkukuh hubungan erat antara polis dan masyarakat.

Photos from BALAI POLIS PARIT's post 10/04/2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN MESYUARAT PIBG SMA MAAHAD AL-AZIZ

Parit, 10 April 2026 (Jumaat) - Telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Mesyuarat PIBG bertempat di SMA Maahad Al-Aziz.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Khairuddin bin Abu Hanipah (ADUN Belanja) Ahli Dewan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria Pengerusi Yayasan Ikhtiar Parit, Insp Zubaidah PPS SMA Maahad Al-Aziz, SM Noreffendy bin Mohd Noor Ketua Polis Balai Parit, Tuan Hasmahisyam bin Aby Aziz Ketua Balai Bomba Parit, anggota, guru-guru serta ibu bapa pelajar.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian telah diadakan termasuk jamuan Hari Raya Aidilfitri, sesi bergambar serta interaksi mesra antara agensi dan komuniti.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta warga sekolah, di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Alhamdulillah, keseluruhan majlis telah berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Photos from Polis Daerah Perak Tengah's post 10/04/2026
Want your organization to be the top-listed Government Service in Parit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Parit