SK PENGALAT BESAR

SK PENGALAT BESAR

Share

Photos from SK PENGALAT BESAR's post 27/05/2026

25.5.2026 | Majlis Penghargaan Cikgu Md Nadzri dan Ustaz Zaki

Warga sekolah berkesempatan mengadakan majlis perpisahan ini sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti kedua guru ini yang akan berpindah selepas cuti sekolah nanti.

Cikgu Md Nadzri Atoh akan berpindah ke SK ST Joseph sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid manakala Ustaz Zaki akan berpindah ke SK Bukit Rindan Pahang.

Keduanya telah banyak menabur bakti dalam usaha mendidik anak murid selain membawa kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan.

Selamat bertugas di tempat baharu
Terima kasih Cikgu
Terima kasih Ustaz

26/05/2026

27.5.2026 | Salam Aidiladha

Selamat menyambut hari raya Aidiladha
Raikan dengan kesederhanaan penuh keinsafan dan pengertian.

Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT

Photos from SK PENGALAT BESAR's post 11/05/2026

12.5.2026 | PERHIMPUNAN PAGI ISNIN

Perhimpunan pagi ini turut meraikan pencapaian dan penglibatan murid dengan penyerahan sijil dalam aktiviti PEMANIS yang lalu.

30 murid bertugas selaku urusetia semasa program tersebut diadakan turut menerima sijil penghargaan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Papar.

Tahun ini kesemua 41 peserta bagi acara Tilawah, Hafazan dan Khat layak menerima sijil penyertaan peringkat negeri Sabah secara dalam talian.

Syabas dan tahniah

Photos from SK PENGALAT BESAR's post 10/05/2026

9.5.2026 | 𝑷𝒆𝒓𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂𝒂𝒏 𝑲𝒐𝒌𝒖𝒓𝒊𝒌𝒖𝒍𝒖𝒎

Pelbagai aktiviti diadakan setiap kali perjumpaan kokurikulum sekolah. 3 komponen utama akan melaksanakan aktiviti berbeza dan dibuat secara bergilir iaitu sukan dan permainan , pasukan pakaian seragam akhir sekali kelab dan persatuan

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan mampu meningkatkan kemahiran serta pengetahuan sedia ada murid selain memberi ilmu serta pengalaman baharu.

Oleh yang demikian, komitmen kehadiran murid tahun 4,5 dan 6 amatlah dititikberatkan.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada para ibubapa serta penjaga murid yang sentiasa memberi sokongan serta membantu pihak sekolah memastikan kehadiran anak-anak setiap kali perjumpaan kokurikulum

Jumpa lagi di perjumpaan akan datang!

Want your school to be the top-listed School/college in Papar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kg Pengalat Besar
Papar
89607

Opening Hours

Monday 06:50 - 17:30
Tuesday 06:50 - 17:30
Wednesday 06:50 - 17:30
Thursday 06:50 - 17:30
Friday 06:50 - 17:00