DHPP Sabah

DHPP Sabah

Share

Pengerusi DHPP Pusat:
Balasubramaniam Nachiappan

Pengerusi DHPP Sabah:
Satail Manjungkat (Pitas, Sabah)

Photos from DHPP Sabah's post 12/06/2024

PENGERUSI DHPP SABAH SEMASA MAJLIS PERASMIAN SERENTAK MUKTAMAR DEWAN-DEWAN PAS SABAH

17/05/2021

*DHPP KECAM KEGANASAN ISRAEL TERHADAP RAKYAT PALESTIN*

Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) mengikuti perkembangan yang sedang berlaku di Palestin ketika ini. Kesengsaraan penduduk Palestin yang menghadapi penindasan dan serangan oleh rejim Israel tidak dapat diterima oleh masyarakat dunia sehingga ratusan nyawa yang tidak berdosa terkorban.

Sikap tentera Zionis yang berterusan menindas penduduk Palestin sangat mengecewakan kami. Malah lebih malang lagi apabila premis seperti sekolah, bangunan kerajaan dan tempat kediaman menjadi sasaran keganasan tentera Zionis ini.

DHPP menggesa kerajaan Malaysia supaya mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak segera untuk menghentikan pertembungan ini agar tidak berlarutan.

Derita panjang umat Islam Palestin tidak harus dibiarkan berlarutan. Sehubungan itu, DHPP melancarkan *RAYUAN SUMBANGAN DANA KECEMASAN PALESTIN* bagi membantu saudara-saudara kita di sana yang sangat memerlukan pertolongan.

DHPP Pusat mengarahkan supaya DHPP Negeri/Wilayah untuk menggerakkan usaha yang sama bagi mengumpulkan dana dan semua sumbangan ini akan diserahkan kepada Aid4Palestine.

Semoga usaha murni kita yang sedikit ini akan meringankan penderitaan penduduk Palestin.

"Islam Memperkukuh Perpaduan"

*YB SENATOR BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN, JP*
Ketua DHPP Pusat
Ahli Dewan Negara
*15 Mei 2021*

Want your organization to be the top-listed Government Service in Papar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kg. Kawang,
Papar
89607