SMKA Kimanis

SMKA Kimanis

Share

Disini bermulanya sebuah perjalanan, mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.

Photos from SMKA Kimanis's post 29/04/2026

27 April 2026 (Isnin)

Program Kembara Ilmu STPM SMKA Kimanis 2026 dimulakan dengan kunjungan ke SMKA Sultan Azlan Shah, Perak.

Program dimulakan dengan sesi alu-aluan serta perkongsian amalan terbaik oleh Encik Mohd Fadzly bin Che Kamaruddin, Penolong Kanan Tingkatan Enam SMKA Sultan Azlan Shah. Perkongsian ini memberi banyak inspirasi dan panduan dalam usaha memperkasa kecemerlangan pelajar Tingkatan Enam di SMKA Kimanis.

Seterusnya, para pelajar mengikuti Bengkel Teknik Menjawab bagi mata pelajaran Pengajian Syariah Kontemporari yang disampaikan oleh Ustazah Zuraini binti Dziyauddin serta Pengajian Usuluddin oleh Ustazah Norakhilah binti Baharin. Selain itu, Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Arab turut disampaikan oleh Ustaz Shahrin bin Wasli.

Dalam masa yang sama, guru-guru dari kedua-dua sekolah turut melaksanakan sesi PLC (Professional Learning Community) mengikut unit masing-masing bagi berkongsi idea, pengalaman dan amalan terbaik dalam pengajaran.

Terima kasih kepada warga SMKA Sultan Azlan Shah atas layanan yang sangat baik serta kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus mekar dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha melahirkan generasi cemerlang.

Ahli rombongan juga diberikan kesempatan untuk menunaikan solat di Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP).

✨ Selangkah ke Menara Gading
✨ 4.0 Lead A Legacy
✨ SEMANIS AnNajah WalFalah

25/04/2026

Jom masuk PTE SEMANIS!

Photos from SMKA Kimanis's post 23/04/2026

PROGRAM KEMBARA ILMU STPM SMKA SHARIFAH RODZIAH MELAKA 2026 📚✨

Alhamdulillah, Program Kembara Ilmu STPM SMKA SHARIFAH RODZIAH yang berlangsung pada 23 April 2026 (Khamis) di SMK Agama Kimanis, Papar telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Program dimulakan dengan ketibaan rombongan serta sesi bergambar, diikuti sesi alu-aluan dan Perkongsian Amalan Terbaik STPM yang disampaikan oleh PK Tingkatan 6, Cik Florinta Edward.

Seterusnya, program diteruskan dengan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pengetua SMK Agama Kimanis, Ustazah Norimah Sadih dan
Pengetua SMKA Sharifah Rodziah Melaka iaitu Ustaz Khairuddin Yusop, sebagai simbolik jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Selain itu, turut diadakan Bengkel Teknik Menjawab STPM yang melibatkan seramai 23 orang pelajar Semester 2 SMKA Sharifah Rodziah, Melaka.

📌 Bengkel Bahasa Arab : Guru Cemerlang Bahasa Arab, Ustaz Shahrin Wasli.

📌 Bengkel Sejarah : Cikgu Norayati Mustarin.

📌 Bengkel Pengajian Syariah Kontemporari : Ustaz Masri Mohd Rosdi

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh hubungan, memperkaya perkongsian ilmu pelajar STPM serta meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus mekar dan berkekalan, serta menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama dan perkongsian ilmu pada masa hadapan demi kecemerlangan bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Photos from SMKA Kimanis's post 18/04/2026

Kejohanan Sukan SMK Agama Kimanis Kali ke-6 Tahun 2026 ( Hari pertama)

Want your school to be the top-listed School/college in Papar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


SMKA Kimanis, Peti Surat 231
Papar
89608

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30