Resepi Percuma

Resepi Percuma

Share

22/06/2024

dah b*k kali buat dgn pelbagai jenis resepi akhirnya jmp yg trbaik..

bahan2 :
1 paket biskut meri (sy guna yg 600grm)
1 ketul butter (250grm)
4 biji telur
1 cwn milo
1 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn nestum
1 cwn air masak
1/2 cwn gula (resepi asal ada tp utk yg ni,sy xletak pun gula sbb xs**a manis)

cara2 :
masak butter,guna api yg sgt slow.then masukkn milo,serbuk koko n susu pekat.bila agak2 nk mendidih,masukkan telur dan lastly masukkan air.kacau hgga agak pekat (jgn pekat sgt.agak2 je).ttup api..masukkan nestum n patah2kan biskut.kacau smp sebati..then masukkn dlm loyang/bekas..mampatkn semampatnya..last,smpan dlu dlm fridge selama 30minit sblm makan..
selamat mencuba 😘

Kredit empunya resepi.

22/06/2024

Kek coklat walnut moist blender s**atan 1 ☕ ( kukus)

1 ☕ minyak masak/jagung
1 ☕ susu pekat
1 ☕ susu cair
1 ☕ gula
telur 3 biji

kurang manis ble kurangkan s**atan gula n susu pekat

blend semua d atas

1 ☕tepung gandum
1 ☕serbuk koko
1 sdk baking powder
1 sdk sodium bicarbonate

ayak semua d atas

sebatikan dengan bahan yg d blender + walnut yg sda dbakar

kukus 45 minit

topping ni sy main agak2 s**atan dia

susu cair
susu pekat
butter
serbuk koko
beryls coin

Kredit empunya resepi

29/05/2024

RESEPI PES IKAN BAKAR

Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14,000 di laman sosial 5 tahun lepas.

Awalnya dia taknak bagitahu jugak rahsia ni sebab banyak sangat kedai dan restoran curi resepi dia. Lepas saya paksa2 selama sebulan, baru dia bagitahu. Mungkin bila dah meningkat usia, dia rasa patut dedahkan jugak resepi ni.

Ilmu bermanfaat boleh masuk kubur katanya. Jadi kita kongsi sama2 ye. Jangan makan sorang tau.

Sape kat sini nak sangat makan ikan bakar berempah tapi taknak keluar modal besar? Kalau makan kat kedai paling kurang kena belanja Rm300-Rm400 untuk satu family. Sekarang boleh buat sendiri je kat rumah.

Resepi yang saya bakal tulis ni untuk sekor ikan merah atau kerapu 1-1.5 kg je tau. Kurang atau lebih puan boleh set sendiri lepas ni.

BAHAN KISAR :

1. 3 inci halia
2. 3 inci lengkuas
3. 12 biji bawang merah
4. 1 setengah bawang holland
5. 4 batang serai besar
6. 2 sudu kecil udang kering
7. 3 biji cili merah besar
8. 4 helai daun limau purut
9. 6-10 cili kering

Kisar semua bahan kat atas. Pastikan betol2 lumat ye. Kalau tak rasa dia kurang 'umphh' orang kata.

BAHAN TAMBAHAN :

1. 5 sudu cili kisar
2. 2 keping asam keping
3. 1 sudu kecil gula melaka
4. Gula putih
5. Garam
6. Penambah perisa (Knorr)
7. Sedikit minyak

CARA PENYEDIAAN PES :

1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.

2. Then masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. 🤗

Kemudian makcik saya ajar cara betol bakar ikan menggunakan pes yang kita buat tadi

1. Siang ikan dan basuh betol2. Musim corona ni, utamakan kebersihan ye. Tapi jangan p**ak basuh dengan sabun. Gosok je banyak kali dengan air bersih.

2. Sediakan daun pisang besar2. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.

3. Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambil2 tu cuba la selak sikit takut terlebih masak. Isi ikan dah bertukar warna putih, yeayy sekarang semua dah siap dan hidang. Alhamdulillah nikmatilah keenakan ikan bakar berempah dengan keluarga tercinta tanpa ragu-ragu ye.

Puan2 boleh cuba ye. Nanti saya akan share lagi resepi lain yang boleh memikat selera puan puan semua. 🥰

Kredit : Siti Aisyah Husin

SELAMAT MENCUBA 👍

28/05/2024

Maaf sis ketinggalan keretapi😂 Baru nak mencuba. Serius sedap. Tak manis sangat resepi ni. Rasa rangup dan chewy kat dalam. Yang penting kenal suhu oven masing² ye. Terlebih bakar jadi biskut rangup. Terkurang bakar jadi tak masak rasa mcm makan tepung.

Soft Cookies Recipe

1/2 cawan mentega bergaram (pure butter)
1/4 cawan gula castor
1/2 cawan gula perang
1 biji telur saiz A/B
1 sdk esen vanila
1 ½ cawan tepung gandum-ayak
1 sdb tepung jagung-ayak
1/4 sdk soda bikarbonat
1/4 sdk baking powder
½ cawan dark chocolate chip & couverture chocolate. (boleh lebihkan kalau s**a banyak)

1. Cairkan mentega sehingga bertukar menjadi “golden brown”. Biarkan sejuk seketika.
2. Kemudian masukkan kedalam bekas bersama gula. Kacau sebati.
3. Masukkan p**a telur dan esen vanila. Sebatikan.
4. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau² adunan dan masukkan chocolate chip.
5. Simpan chiller selama 10-15 minit dan boleh bentukkan.
6. Atau boleh juga bentukkan adunan biskut dulu dan baru simpan chiller.
7. Keluarkan. Dan bolehlah dibakar dengan suhu 160c-170c selama 15-20 minit.
8. Boleh bentukkan guna scoop aiskrim yg saiz besar atau timbang doh 50g. Saiz sesuai yg saya s**a. Tak besar dan kecil sangat.
9. Guna pure butter sepenuhnya, dark chocolate chip dan couverture chocolate premium untuk rasa yang bila makan tu rasa teringat² 😋

Fb : Tuan Adriana Arissa

25/01/2024

RESEPI CHEESE TART BUNCIT

Resepi Shell Tart 👇

1 ) 125gm majerin/butter

2 ) 150gm gula kastor

3 ) 1 biji telur saiz B

4 ) 400gm tepung gandum

5 ) Esen Vanilla

Cara2 : Buat Shell Tart

1 ) Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.

2 ) Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.

3 ) Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.

4 ) Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.

5 ) Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.

6 ) Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.

7 ) Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

BAHAN FILLING CHEESE :

1 ) 500gm cream cheese dari peti sejuk

2 ) 100gm gula kastor

3 ) 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit

4 ) 2 sdb butter

5 ) 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

INTI :

Apa-apa filling kegemaran.

Cara2 : Buat Filling Cheese

1 ) Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.

2 ) Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.

3 ) Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.

4 ) Masukkan dalam piping bag.

5 ) Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.

6 ) Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.

7 ) Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.

8 ) Lukis permukaan jika s**a mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.

9 ) Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

Kredit : roshidah abu bakar

Want your business to be the top-listed Bakery in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


PT10220 Jalan 11/3D, TAMAN DESA MELATI PHASE 1 NILAI
Nilai
71800