Tips Bisnes

Tips Bisnes

Share

12/07/2021

TIADA ANAK YANG NAKAL. YANG ADA HANYALAH ORANG TUA YANG TIDAK SABAR
____________________________________________

Seseorang menegur saya.

" Kau cakap dgn anak mcm kawan kan . Tak tengking tengking, marah marah.elok je cakap bebaik"

Saya senyum....

Sebab saya sendiri tak s**a ditengking, diherdik atau dimarah marah. jadi saya elakkan buat pada orang lain walaupun anak sendiri.

Apabila saya meminta anak melakukan sesuatu,saya berikan dia sedikit masa kalau dia sedang bermain atau tengah buat kerja lain.

Saya tidak memaksa anak anak mengikut kehendak saya ketika itu juga. Cukup saya berikan signal yg saya perlukan pertolongannya. Sampai masa dia akan bantu dengan rela hati.

Pernah dulu saya kerah Aqeel.
Bantu saya cuci pinggan serta merta.
Sedangkan dia tengah seronok bermain game.

Dia tolong saya dengan hati membengkak.
Menghempas pinggan di sinki.
Buat kerja dalam terpaksa.
Dia tidak rela melakukannya

Lalu saya mendekatinya.

"Kalau rasa tak ikhlas nak tolong ibu tak payah basuh. Nanti ibu basuh sendiri. Dari berdosa sakitkan hati ibu lebih baik jangan buat.Tak apa ibu boleh basuh.Biarkan aje"

Terkesan dengan kata kata saya dia mula basuh dengan elok. Tiada lagi bunyi hempasan di sinki.

Tak perlu tengking dan marah
Cukup sedarkan apa yg dia sedang buat itu salah.

Saya usap belakangnya.

" Terima kasih anak soleh sebab tolong ibu, b*k dpt pahala tolong ibu hari ni " Dia mula tersenyum.

Belajar berterima kasih juga dengan anak anak walau pertolongannya sekecil mengutip sebutir nasi yg jatuh dilantai. Tanda kita hargai setiap perbuatan baiknya.

Beli jiwa anak anak dengan kata kata bahagia.
Mereka akan rasa kita sangat menghargainya.
Sebagaimana kita juga mengharapkan anak amak menghargai kita dengan penuh rasa cinta.

Sebolehnya saya elakkan menyakiti fizikal anak anak. Saya selalu bayangkan kalaulah saya dipukul sakitnya bukan hanya ditubuh tapi akan berbekas dihati. Saya tidak mahu anak membesar dengan memori sedih disepanjang hidupnya.

Saya juga tidak s**a berleter dengan anak. Cukup sekadar menegur kesalahan dan meminta anak anak perbaiki kesilapan. Paling lama saya berleter hanya 2 minit 😅 itupun sudah cukup lama rasanya.

Bagi saya teguran yg ringkas,padat dan tepat akan terus masuk ke otak anak. Berbanding leteran yg panjang, lama lama otak pun menolak.

Segala input jadi kucar kacir . Sudahnya anak tak dengar pun apa yg ingin kita sampaikan.
Akhirnya kita tak dapat hasil yg kita mahukan

Contoh kita buat nota padat kita akan lebih mudah ingat berbanding huraian panjang lebar dibuku yg terpaksa kita hafal dan hadam dalam jangkawaktu yang lama.

Saya selalu memanggil anak anak saya dgn panggilan "anak soleh" atau "ahli syurga"

"Terima kasih anak soleh sebab tolong ibu"

"Terima kasih ahli syurga "

Mudah mudahan kata kata itu Allah angkat menjadi doa.

Saya bukanlah ibu yang baik.
Tapi saya selalu mencuba sebaiknya menjadi baik kepada anak anak saya.

Kerana saya percaya dalam dunia Ini tiada anak yang nakal. Yang ada hanyalah orang tua yang tidak sabar.

Semoga Allah mengurniakan setinggi tinggi kesabaran kepada saya Juraini Kadir demi menjaga amanah Allah ini.

Aamiin ya Allah ya mujib.

19/03/2019

Kejayaan hanya milik orang bodoh

Mengapa kita perlu jadi bodoh untuk berjaya?

Situasi orang bodoh...

Saat semua sang pandai sedang lena di dalam zon selimut tebal mereka, orang bodoh lekas-lekas mereka bangkit memecah kedinginan pagi mencari bakat diri

Setiap hari, Orang bodoh tepaksa mengikuti jadual ketat supaya masa akan dibahagikan sebaik-baiknya menjadi warga pintar

orang bodoh hanya diam mengangguk..

Sangat tekun bila mendengar cerita orang lain supaya mereka berhasil pelajaran dan pengalaman.

Orang bodoh kebiasaannya luangkan masa berjam-jam sehari membaca buku, tanpa buku orang bodoh akan kekal bodoh sehingga tua selamanya.

Kehidupan mereka begitu sulit, mereka terpaksa melalui perjalanan getir berliku-liku hanya kerna menimba sebaris ilmu.


Orang bodoh apabila capai kejayaan kecil dia seolah-olah berpura bodoh supaya bisa belajar lebih banyak lagi dan lagi.

Insan bebal ini sering merasakan semakin banyak kebodohan mereka selepas belajar sesuatu.

Diri mereka tiada malu
Diri mereka tiada ego
Diri mereka tiada rasa takut
Diri mereka tulus terhadap ilmu

Orang bodoh tidak sesekali tertawakan orang lain. tahu diri ini serba kekurangan.

Diri mereka ibarat gelas kosong yang hanya tunggu di isi. Hanya tersenyum luas menerima teguran.

Orang bodoh tak putus berdoa untuk mereka menjadi golongan pintar suatu hari nanti.

Bangun setiap malam menangis merintih
kesedihan atas kebodohan yang pernah mereka lakukan setiap hari.

“You never learn from anything if you are brilliant”

Cc..bangbir aziz

04/11/2017

Berguru,tunduk dan belajar.

Hari ini, apabila tidak mengajar Saya akan mencari guru untuk memperkemaskan lagi pembangunan team dan syarikat.

Banyak perkara yang dikongsikan,ini antara 3 pesanan buat orang bisnes.

1. Orang yang s**a kecam dan kaki kecam,tidak sudah-sudah kerjanya adalah mengecam orang lainz Jenis mereka ini,memang s**a cari salah orang.

Tapi cukup pantang kalau orang cari salah mereka,habis melenting. Mereka sahaja yang betul,orang lain semua salah.

Orang jenis ini susah nak kaya,emosi mereka koyak dan tidak boleh bertahan lama.

Guru pesan,kalau ada orang bisnes jenis ini elakkan berpatner dengan mereka. Sebab dalam bisnes,buat silap dan salah itu biasa.

Mudah berpecah jika kita berpatner dengan orang jenis ini. Elak selagi boleh elak.

2. Dunia bisnes tidak kejam dengan perubahan. Dengan gst,dengan cukai, dengan kecepatan teknologi.

Kita yang kejam dengan diri,tidak mahu belajar dan tidak mahu berubah dengan cepat.

Kita tidak boleh ubah masa,kita kena belajar dengan perubahan masa. Ia tidak tinggal,tapi ia tidak tunggu kita.

Orang yang berjaya,bukan sebab mereka hebat. Tapi hanya kerana mereka alert dengan perubahan semasa.

Salahkan orang lain dan bagi alasan memang mudah, perbaiki diri. Upgrade ilmu dan bertindak cepat.

3. Bisnes itu mudah bila ada team yang betul,bisnes jadi penat bila kita mahu kaya seorang diri.

Kalau dapat team yang tidak berkualiti atau biasa-biasa,salahkan diri kenapa pilih mereka bawa masuk dalam syarikat.

Kalau lihat ada orang bisnes yang meroyan tentang staf,tentang team mereka. Kita sudah tahu tahap mereka membangunkan bisnes.

Bukan salah pekerja itu,salah owner kenapa tidak cari ilmu tentang pembangunan manusia. Kalau team tidak berkualiti,buang dan cari baru.

Susah nak cari baru? Belajar ilmu penuhkan bank resume syarikat.

Duit banyak,bisnes hebat. Kalau team tidak betul,ujian seksa jiwanya lagi hebat berbanding ketika tiada duit.

Dah hahis baca,tekan button share. Boleh komen dibawah dan mention rakan bisnes anda.

Tidak sabar nak jumpa peserta 1,000orang pada 19nov ini. Persediaan dunia bisnes 2018.

Ps: Mai jumpa guru,dia tidak mahu diambil gambar. Duduk belakang tabir sahaja. Wisdom yang kita mahu cari.

Anak muda,
Tunduk dan belajar,
4 Nov 2017
Banting,Selangor.

Kredit to Abdul basit

Want your business to be the top-listed Advertising & Marketing Company in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Nilai
71800