ASB Consultancy - CIPAA Expert

ASB Consultancy - CIPAA Expert

Share

1,000 kontraktor Bumiputera 'pencen awal' 15/05/2026

Realiti Industri & Impak Aliran Tunai
Laporan industri mendedahkan lebih 1,000 kontraktor Bumiputera terpaksa menamatkan operasi akibat kenaikan kos bahan binaan sehingga 40% dan persaingan sengit tender. Dalam ekosistem yang mencabar ini, kegagalan menerima bayaran kemajuan (progress payment) daripada pemilik projek atau kontraktor utama merupakan faktor utama yang melumpuhkan kecairan modal syarikat.
Sebagai pemain industri, anda tidak boleh membiarkan ketidakpatuhan kontrak menjejaskan kelangsungan perniagaan anda. Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA 2012) menyediakan remedi perundangan khusus untuk menyelesaikan pertikaian pembayaran ini secara efisien.

Kelebihan Strategik CIPAA 2012 untuk Kontraktor
• Penyelesaian Pantas: Proses adjudikasi diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan, jauh lebih efisien berbanding litigasi mahkamah tradisional.
• Keberkesanan Kos: Mengurangkan kos perundangan dan overhed pengurusan pertikaian, menjadikannya penyelesaian yang mampan untuk kontraktor G1-G7. (konsultan, pembekal binaan juga termasuk)
• Keperluan Dokumentasi Minimum: Tuntutan boleh dikemukakan berdasarkan dokumen interim, invois, pesanan kerja (PO), atau bukti bertulis penyiapan kerja.
• Penguatkuasaan Undang-Undang: Keputusan adjudikasi mempunyai kuasa mengikat yang membolehkan tindakan penggantungan kerja atau tuntutan bayaran terus daripada pemilik projek.
Khalas.
Sham Baharin
MRICS|MRISM|CQS|Adjudicator|Mediator |P.Tech

Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA

https://www.kosmo.com.my/2026/05/14/1000-kontraktor-bumiputera-pencen-awal/

1,000 kontraktor Bumiputera 'pencen awal' SHAH ALAM – Lebih 1,000 kontraktor Bumiputera Kelas F di seluruh negara terpaksa 'pencen awal' daripada dunia pembinaan sejak lima tahun lalu akibat kekurangan projek dan peningkatan mendadak kos bahan binaan.

12/05/2026

CIPAA: Masih relevan?
Melihat paten bilangan kes CIPAA yang didaftarkan secara rasmi di Asian International Arbitration Centre (AIAC) amat menggalakkan, lebih-lebih lagi bagi tempoh pasca covid 19.

Setelah mencapai jumlah kes tertinggi pada 2019 (816 kes), jumlah kes telah merudum sehingga ke paras 500 purata kes tahunan bagi tempoh 2020 – 2023.

Namun, pada tahun 2024, kes naik mendadak melebihi paras 600 dan dijangkakan pada tahun 2025 yang lalu, kes CIPAA akan mengikut trend menaik ini.

Kesimp**annya, pemegang taruh dalam industri pembinaan dilihat lebih ‘bijak’ dalam memilih ‘gelanggang’ untuk menuntut pembayaran lalu memilih CIPAA sebagai alternatif selain arbitrasi atau mahkamah.

CIPAA juga adalah hak prerogatif setiap pemain industri pembinaan.

CIPAA, cepat, mudah dan murah!
Tepuk dada, tanya selera.

Khalas.
Sham Baharin
MRICS|MRISM|CQS|Adjudicator|Mediator |P.Tech

Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA

01/05/2026

Pentadbiran Kontrak 101: Arbitrasi (Timbang Tara)
Menjadi lumrah dalam sesebuah projek pembinaan akan ada perbalahan dan pertikaian di antara klien dan kontraktor.

Ini disebabkan oleh sifat industri pembinaan itu sendiri yang kompleks dan dinamik; cepat dan berubah-ubah.

Jadi, pihak yang berkontrak jangan terus ‘melatah’ dan terus ke mahkamah untuk mendapat keadilan.

Semak kontrak bertulis, sebagai contoh Borang Kontrak JKR, ada diperuntukkan arbitrasi sebagai platform penyelesaian pertikaian.

Pun begitu, menurut Borang Kontrak JKR ini, sebelum apa-apa pertikaian dibawa ke meja arbitrasi, pihak penuntut hendaklah merujuk kepada Pegawai yang diberi kuasa untuk membuat keputusan atas sesuatu pertikaian itu.

Jika pihak penuntut tidak puas hati dengan keputusan Pegawai tadi, barulah mengangkat isu ini ke arbitrasi..

Natijah kepada ketidakpatuhan klausa arbitrasi ini, jika terus ke mahkamah, pihak penuntut akan diarahkan berpatah balik dan memulakan prosiding arbitrasi.

Khalas.
Sham Baharin
MRICS|MRISM|CQS|Adjudicator|Mediator |P.Tech

Tekan link ini https://wa.link/2v3kgp konsultasi tuntutan bayaran melalui Akta CIPAA

Want your business to be the top-listed Business in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Bandar Enstek
Nilai
71760