PERKEP IPD Muar

PERKEP IPD Muar

Share

Photos from PERKEP IPD Muar's post 19/03/2026

PROGRAM BAKUL KASIH AIDILFITRI KEPADA BALU, ASNAF DAN ANAK ISTIMEWA ANJURAN BIRO KEBAJIKAN PERKEP IPD MUAR

Muar, 18 Mac 2026 (Rabu) - PERKEP IPD Muar yang diketuai oleh Puan Suriah binti Sulaiman, Ketua Biro Industri Kecil & Sederhana PERKEP IPD Muar telah mengadakan ziarah kasih dan pemberian cenderahati Hari Raya kepada balu, asnaf dan anak istimewa yang terdiri daripada anak Pegawai Kanan Polis, Pegawai Awam dan Ahli PERKEP IPD Muar.

Program ini turut disertai Puan Norazlina binti Sulaiman, Ketua Biro Sosial/Lawatan PERKEP IPD Muar, ASP Maya Maizura binti Yahya, Ketua Biro Kebajikan dan AJK PERKEP IPD Muar.

Ziarah kasih ini bertujuan menyantuni insan-insan yang kurang bernasib baik menyambut lebaran yang akan tiba tidak lama lagi. Ia juga bertujuan untuk bertanya khabar dan mengeratkan ukhwah di antara mereka dan PERKEP IPD Muar.

Semoga dengan kehadiran PERKEP IPD Muar menyantuni insan-insan terpilih ini, ia sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan kepada mereka.

'KeluargaBahagiaPasukanSejahtera'

Photos from PERKEP IPD Muar's post 17/03/2026

MAJLIS KHATAM AL- QURAN PERINGKAT IPD MUAR

Muar, 17 Mac 2026 (Selasa) - Bertempat di Surau An-Nur, Perumahan PDRM Muar, Johor telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat IPD Muar anjuran PERKEP IPD Muar dan Surau An-Nur IPD Muar.

Majlis ini diadakan bagi meraikan peserta tadarus Al-Quran yang telah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan.

YDH Supt. Muhammad Aidil Roneh bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar berbesar hati menghadiri majlis ini dan menyertai bacaan beramai-ramai sepuluh surah terakhir ayat lazim. Bacaan surah terakhir ini dipimpin oleh Ustaz Abd. Latif bin Ismail.

Seramai sepuluh orang yang terdiri dari AJK, Biro dan Ahli PERKEP IPD Muar menyertai program tadarus sepanjang bulan Ramadhan dan menamatkan khatam Al-Quran.

Pemberian cenderahati diserahkan oleh YDH Supt. Muhammad Aidil Roneh bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar kepada peserta tadarus dan khatam Al-Quran bagi menghargai peserta yang mengimarahkan bulan Ramadhan dengan bacaan Al-Quran. Majlis diakhiri dengan doa selamat dan doa penutup serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Turut hadir bersama adalah Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam dan Ahli PERKEP IPD Muar.

Majlis ini berjaya menggalakkan amalan membaca Al-Quran dan juga mengeratkan hubungan ukhwah sesama PKP, PRP, Pegawai Awam dan Ahli PERKEP di IPD Muar.

'KeluargaBahagiaPasukanSejahtera'

Photos from PERKEP IPD Muar's post 03/03/2026

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) PEMAKAIAN BAJU PERKEP ANJURAN BAHAGIAN PENGURUSAN IPD MUAR / BIRO PENDIDIKAN PERKEP IPD MUAR

Muar, 03 Mac 2026 (Selasa) - Bertempat di Dewan Perumahan PDRM, Parit Perupok, IPD Muar telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pemakaian Baju PERKEP yang disampaikan oleh ASP Nurleen Hannah Chai Min Lin, Setiausaha PERKEP IPD Muar. LDP ini dihadiri seramai 71 orang melibatkan AJK, Biro dan Ahli PERKEP IPD Muar.

Tujuan LDP ini diadakan adalah untuk memberi penerangan berkenaan tatacara pemakaian baju PERKEP yang betul kepada ahli PERKEP IPD Muar. Setiausaha juga memberi penerangan secara bergambar berkenaan jenis-jenis Baju PERKEP yang terdiri daripada Baju Kurung PERKEP, Baju Korporat PERKEP dan T-Shirt PERKEP dengan menggunakan contoh model yang sebenar.

LDP ini juga menekankan kepentingan pemakaian baju seragam sebagai lambang identiti dan imej PERKEP. Pakaian seragam yang menepati tatacara pemakaian yang betul dapat menaikkan imej profesionalisme dan menjaga penampilan diri semasa program rasmi dan tidak rasmi.

'KeluargaBahagiaPasukanSejahtera'

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Meriam
Muar
84000