SMKA Maahad Muar - Rasmi

SMKA Maahad Muar - Rasmi

Share

Photos from SMKA Maahad Muar - Rasmi's post 10/07/2026

SARINGAN PENYERTAAN MAHRAJAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Telah berlangsung Saringan Penyertaan Mahrajan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2026 pada 10 Julai 2026 (Jumaat) bagi memilih wakil terbaik yang bakal membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan.

Para peserta telah mempamerkan bacaan hafazan yang mantap, penguasaan tajwid yang baik serta semangat persaingan yang sihat sepanjang sesi penilaian berlangsung.

Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Ustaz Mohamad Helmi, Ustazah Siti Aisyah serta semua guru yang telah bertungkus lumus melaksanakan proses saringan, bimbingan dan pemilihan wakil sekolah.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, kekuatan dan kejayaan yang cemerlang kepada semua wakil sekolah, serta membalas segala usaha para guru dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Photos from SMKA Maahad Muar - Rasmi's post 10/07/2026

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD MUAR 2026 (P18)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Bola Baling Perempuan Bawah 18 Tahun (P18) SMKA Maahad Muar atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Muar 2026.

Kejohanan yang berlangsung pada 7 hingga 9 Julai 2026 di Gelanggang DLCW, SMK Sungai Abong ini menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh daerah Muar.

Kejayaan ini sekaligus menyamai pencapaian cemerlang tahun lalu, membuktikan bahawa semangat juang, komitmen dan kesungguhan seluruh pasukan sentiasa berada pada tahap yang membanggakan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para jurulatih, guru pengiring, ibu bapa serta semua yang sentiasa memberikan sokongan dan doa buat pasukan SMKA Maahad Muar.

Tahniah sekali lagi buat wira-wira bola baling SMKA Maahad Muar! Teruskan melangkah dengan semangat, disiplin dan iltizam demi mengharumkan nama sekolah.

Photos from SMKA Maahad Muar - Rasmi's post 09/07/2026

KARNIVAL STEM GENERASI MADANI DAERAH MUAR 2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta serta guru pembimbing SMKA Maahad Muar yang telah menunjukkan kreativiti dan semangat daya saing sepanjang penyertaan dalam Karnival STEM Generasi Madani Daerah Muar 2026 yang telah berlangsung pada 8-9 Julai 2026 di SK Parit Raja dan SK Parit Jawa.

Antara pertandingan yang disertai ialah:
🤖 Gami-Code
🌉 Bridge Building Competition
🤖 Robot
🚀 Water Rocket Challenge

Alhamdulillah, usaha dan dedikasi para peserta membuahkan hasil yang membanggakan:

🥇 Johan – Gami-Code
Irfan Nurhakim bin Mohd Suhairi (2 Arif)
Hazwan Naim bin Sirajuddin (2 Arif)

🥉 Tempat Ketiga – Water Rocket Challenge
Alya Zakiah Hanani binti Halim (4 Alim)
Nur Izza Husna binti Azuan (4 Alim)

Kejayaan ini menjadi bukti bahawa warga SMKA Maahad Muar bukan sahaja cemerlang dalam akademik dan sahsiah, malah turut menyerlah dalam bidang STEM yang menuntut kreativiti, inovasi serta kemahiran menyelesaikan masalah.

Tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing dan seluruh pihak yang terlibat!

Photos from SMKA Maahad Muar - Rasmi's post 09/07/2026

PROGRAM AMALI HAJI 2026

"Labbaikallahumma Labbaik..." bergema menghidupkan suasana apabila warga pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMKA Maahad Muar menyertai Program Amali Haji 2026 pada 8 Julai 2026.

Bermula dengan berpakaian ihram, melaksanakan tawaf dan saie, berwukuf, melontar jamrah hinggalah kepada amali tahalul, setiap aktiviti dijalankan dengan bimbingan guru-guru bagi memastikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap ibadah ini sekaligus memberi peluang kepada para pelajar merasai sendiri pengalaman menunaikan ibadah haji melalui simulasi yang merangkumi setiap rukun dan wajib haji.

Pembelajaran secara amali bukan sahaja membantu pelajar memahami teori, malah menyemai rasa cinta kepada ibadah haji serta menghayati pengorbanan, kesabaran dan kepatuhan kepada perintah Allah SWT.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi inspirasi dan bekalan ilmu buat para pelajar, serta menjadi asbab mereka dipilih sebagai Duyufurrahman pada masa hadapan. Insya-Allah.

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


SMKA Maahad Muar, Jalan Joned
Muar
84000