SMK Raja Muda Official

SMK Raja Muda Official

Share

24/04/2026

ejohanan Bola Tampar MSSD Bawah 18 Tahun Daerah Muar tahun 2026

Tarikh : 23 April 2026 (Khamis)
Masa : 3.45 petang
Tempat : SJK (C) Pei Yang

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Tampar Lelaki 18 Tahun SENADA atas kejayaan meraih Johan. Setelah bertahun ketandusan menjadi Juara, kini terbukti bahawa anak-anak SENADA mampu bangkit dan bersaing meraih tempat pertama. Usaha yang gigih diiringi dengan sokongan padu jurulatih, guru pengiring, barisan pentadbir, guru-guru dan doa yang tulus dari rakan-rakan, tidak pernah mengkhinati hasil. Semoga pasukan Bola Tampar SENADA kekal Johan untuk tahun akan datang. Raja Muda Boleh!

Photos from SMK Raja Muda Official's post 10/04/2026

Majlis Riuh Raya Dwiraya SENADA

Tarikh : 10 April 2026 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Perkarangan kawasan SENADA

Kemeriahan sambutan Syawal masih terasa. Seluruh warga SENADA menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina bersama-sama. Semoga ikatan persahabatan antara warga SENADA kekal terjalin sampai bila-bila.

Photos from SMK Raja Muda Official's post 09/04/2026

Selamat datang diucapkan kepada 4 orang guru baharu ke SMK Raja Muda.

Seluruh warga SENADA mengalu-alukan kehadiran Cikgu Fatihah, Cikgu Syazana, Cikgu Afiqah dan Cikgu Atikah. Semoga dengan kehadiran guru baharu ini, anak-anak SENADA akan meneruskan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sama-sama kita mendidik pelajar SENADA demi masa depan yang lebih gemilang.

30/03/2026

MAJLIS PENGUMUMAN & PENYERAHAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Tuan/Puan, Ibu Bapa, Penjaga dan Calon SPM tahun 2025 yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2025 akan diumumkan secara rasmi mengikut ketetapan berikut:

๐Ÿ“Œ Tempoh Semakan Keputusan (Secara Keseluruhan):
Mula: 31 Mac 2026 (Selasa), bermula jam 10.00 pagi

๐Ÿ“ŒTuan/puan dan para calon boleh mendapatkan keputusan melalui kaedah berikut:

1.Semakan Dalam Talian (Online)
Sila layari pautan rasmi sistem semakan:
๐Ÿ‘‰ myresultspm.moe.gov.my

2.Semakan Melalui SMS

๐Ÿ“ŒTaip mesej mengikut format di bawah:
SPMNo.KadPengenalanAngkaGiliran
๐Ÿ“ฒ Hantar ke: 15888

3.Penyerahan Slip SPM Fizikal (Di Sekolah)

Tempat: Dewan Seri Laksamana, SMK Raja Muda, Muar
Tarikh: 31 Mac 2026 | Selasa
Masa: 10.00 pagi - 1:00 petang

Semua calon, ibu bapa dan penjaga dijemput hadir.

Pakaian: Mohon patuhi etika berpakaian yang ditetapkan.


๐Ÿ“ŒPihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya & mendoakan kejayaan cemerlang buat semua calon SPM 2025 SMK Raja Muda, Muar.

Sekian, terima kasih.

Photos from SMK Raja Muda Official's post 09/03/2026

Program SLB Mindtalk Minggu 8 : 2 - 6 Mac 2026

Objektif Program :
1. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan mental.
2. Menggalakkan budaya saling menyokong dan empati dalam kalangan warga SENADA.
3. Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi ahli SLB SENADA dalam pengucapan awam.

Sasaran Program :
Semua murid SMK Raja Muda

Aktiviti Program :
Perkongsian berkaitan topik kesihatan mental pada setiap pagi semasa perhimpunan.

Photos from SMK Raja Muda Official's post 09/03/2026

Perhimpunan Rasmi Minggu 9 2026 : Perhimpunan dalam Bahasa Inggeris

Tarikh : 9 Mac 2026 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Ilmu SENADA

Perhimpunan telah dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sazlin dan Tuan Pengetua atas keberanian bertutur dalam Bahasa Inggeris untuk menyampaikan laporan dan berucap di hadapan semua guru dan pelajar. Usaha murni ini diharapkan membantu meningkatkan lagi keyakinan dan kemampuan semua warga SENADA dalam mengaplikasi Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Pemenang Pertandingan Kelas Terbersih :

Menengah Atas : 4 Cemerlang
Menengah Rendah : 2 Cerdik

Pemenang Meja Tercantik anjuran Kelab Staf Raja Muda (KSRM) : Cikgu Norliza binti Mohd Amin

Laporan Guru Bertugas : Cikgu Noor Bayzurah Sazlin binti Md Mokhtar

Ucapan Pengetua : Cikgu Saihuddin bin Salman

Photos from SMK Raja Muda Official's post 06/03/2026

Program Penetapan Aspirasi Pencapaian SPM tahun 2026

Tarikh : 6 Mac 2026 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Panglima SENADA

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah hadir ke program pada hari ini. Sokongan yang padu daripada pihak ibu bapa dan penjaga amat dihargai oleh pihak sekolah dan PIBG SENADA. Semoga anak-anak SENADA dikurniakan kejayaan dalam SPM, sejajar dengan usaha yang dicurahkan.

Pihak sekolah juga merakamkan sekalung penghargaan kepada Encik Mohd Sali bin Mohd Ali, Yang Dipertua PIBG SENADA atas kehadiran dan sokongn yang tidak berbelah bahagi untuk semua program anjuran SENADA. Semoga kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan PIBG SENADA akan kekal berpanjangan demi kecemerlangan anak-anak SENADA.

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


SMK Raja Muda, Jalan Mahmood, Parit Jawa
Muar
84150