IndahQaseh

IndahQaseh

Share

14/05/2026

✨ Day 1/5 Pakej Rawatan Pantang ✨

Alhamdulillah selesai sesi rawatan hari pertama bersama mommy & baby 🤍

Hari ni fokus kita untuk bantu badan ibu lebih relaks dan selesa selepas bersalin 🌸
Rawatan yang dilakukan termasuk :

🌿 Mandian herba
🌿 Urutan badan
🌿 Bertungku panas herba
🌿 Sapuan herba
🌿 Pemakaian param, pilis & tapel

Bila badan dijaga dengan baik, ibu pun rasa lebih ringan, kurang lenguh dan lebih tenang ✨

Untuk baby p**a, perut sedikit berangin dan kembung. Jadi baby diberikan urutan lembut selepas mandi beserta sapuan supaya lebih selesa dan mudah tidur 🤍

Terima kasih kerana mempercayai Indah Qaseh untuk menjaga ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang 🌷

12/05/2026

🌸 Selamat Hari Jururawat 🌸
12 Mei 2026

“Terima kasih buat semua jururawat yang sentiasa kuat, sabar dan penuh kasih sayang dalam menjaga setiap insan.
Pengorbanan kalian bukan sekadar tugas, tetapi satu kemuliaan yang sangat bernilai. 💖”

— Indah Qaseh Beauty & Spa ✨

08/05/2026

Alhamdulillah 🤍
Bila pelanggan sendiri rasa perubahan pada badan, itu yang paling bermakna buat Indah Qaseh ✨

Terima kasih atas feedback yang sangat baik.
Dari badan rasa lemah dan susah bergerak, sekarang makin segar dan lega selepas urutan serta bertuam 🥹💕

Semoga terus diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan cepat sembuh sepenuhnya ibu ❤️

08/05/2026

Hari ni Kak Yaya ambil pakej urutan bersama bertungku selama 2 jam ✨

Alhamdulillah selesai sesi rawatan, badan yang penat terasa lebih ringan dan segar.
Bertungku bantu melancarkan perjalanan darah serta memberi keselesaan pada badan ✨

Terima kasih Kak Yaya atas kepercayaan memilih servis Indah Qaseh 🤍
Semoga diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa murah rezeki 🌷

05/05/2026

Ujian yang datang, kadang hadir dengan rasa tenang…
kadang p**a datang bersama pelbagai rasa dalam hati.

Tapi tak mengapa, Allah tahu kita mampu untuk tempuh semuanya.

Yang penting, hati kita sentiasa dilatih untuk berlapang dada
dan menerima setiap yang berlaku.

Kerana kita yakin…
di sebalik setiap ujian, pasti ada hikmah besar yang menanti 🤍

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Muar