Golden Bites
4 TIPS NIKMATI SNEK DENGAN BIJAK
Snek adalah aspek penting dalam gaya hidup ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, adakah anda biasa dengan ungkapan "Mindful Snacking" atau "snek dengan lebih bijak"?
Sini saya kongsikan tips untuk nikmati snek dengan sihat.
1. Peka dengan isyarat badan anda – adakah anda lapar, teringin, kenyang atau puas makan?
2. Jangan gelojoh. Snek tiada kaki untuk berlari. Jadi, makanlah dengan perlahan.
3. Rangsangkan semua deria semasa makan. Nikmatilah snek anda sepuas-puasnya.
4. Rujuk saiz hidangan yang disarankan dan ramuannya.
Dengan itu, anda telah mengetahui beberapa tips menikmati snek dengan sihat. Orang ramai haruslah membiasakan diri untuk lebih peka apabila menikmati snek dan cuba kekal konsisten. Galakkan dan motivasikan diri anda dan keluarga anda untuk mencapai keseimbangan dan membentuk hubungan yang lebih positif dengan makanan. Tekan butang FOLLOW dan LIKE untuk lebih lagi maklumat menarik.
♻️ REDUCE, REUSE, RECYCLE ♻️
Pernah rasa ingin menyelamatkan bumi, tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mulakannya?
Perkara paling dekat dan senang untuk anda mulakan adalah dengan cara menggunakan semula Balang Tortilla Chips dari kami! Tahukah anda? barang-barangan plastik mengambil masa lebih 1000 tahun untuk reput di tapak pelupusan sampah? Jadi, dengan balang Tortilla Chips dari Golden Bites, pelbagai cara anda boleh guna untuk menyelamatkan bumi kita. Antaranya ialah:
1. Hias balang dan gunakan sebagai tabung simpanan masa hadapan.
2. Gunakan semula untuk meletakkan barang-barang peribadi.
3. Hantar ke kilang recycle terdekat anda supaya dapat mengubahsuai menjadi alatan lain.
Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai lagi cara lain yang boleh kita praktikkan. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari page kami di https://www.facebook.com/GoldenBitess
Golden Bites we sell snacks for you to get a bite during your free time
06/01/2023
JOM TAMBAH PENGETAHUAN UMUM ANDA!
Untuk posting kalini, saya nak berkongsi kepada anda pelbagai jenis Tortilla yang ada di dunia. Jom!
JENIS-JENIS TORTILLA YANG ADA DI DUNIA 🌮
Tortilla boleh dinikmati sebagai roti rata atau bungkus, boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat bungkus sandwic, ia serba boleh dan boleh dijadikan hidangan yang berbeza, seperti:
💡Burrito: biasanya dibuat dengan tortilla yang lebih besar untuk dibungkus dengan daging, kekacang, keju dan salsa, digulung menjadi bungkus sandwich.
💡Taco: kulit lembut atau keras, ia menggunakan tortilla yang lebih kecil untuk memegang topping dan salsas yang lazat.
💡Enchilada: bungkus tortilla yang disumbat yang dibakar dan dihiasi dengan kacang goreng atau sos yang berbeza.
💡Quesadilla: tortilla dihiasi dengan keju dan/atau bahan lain, kemudian dilipat dan dipanaskan sehingga keju cair; atau ia boleh dimakan dengan beberapa fajita.
💡Tortilla Chips: kepingan kecil tortilla goreng yang rangup dan bagus untuk snek.
💡Nachos: timbunan kerepek tortilla di atasnya dengan daging, keju dan/atau kacang goreng.
S**a dengan posting kami? Jika anda ingin lebih mengetahui perkembangan kini jangan lupa on notifikasi page kami.
Terima kasih kerana sentiasa support kami, kami amat hargainya 🥰❤️
06/01/2023
ADAKAH ANDA TAHU? 🤓
Nama "tortilla" berasal daripada perkataan Nahuatl "tlaxcalli", sehingga orang Sepanyol menemui Dunia Baru, kemudian menamakan semula dan memperkenalkan roti rata ini kepada dunia.
Tortilla boleh dikesan kembali ke sekitar 10,000 SM semasa tamadun Purba Aztec, dan ia sudah menjadi makanan ruji kebanyakan Amerika Tengah.
Tortilla pada asalnya dibuat dengan jagung kerana terdapat lebih daripada 3,000 jenis jagung berbeza yang berasal dari Amerika Tengah, yang kemudiannya menjadi salah satu tanaman terpenting di dunia.
Kesimp**annya, hingga kini jagung merupakan tanaman penting bagi negara Amerika Tengah. Dari jagung juga kita boleh menghasilkan pelbagai jenis menu makanan menarik.
On notifikasi page FB kami untuk mengetahui bermacam macam lagi topic menarik !
06/01/2023
SELALU LAPAR TENGAH MALAM?
Orang muda zaman sekarang ni selalu tidur lambat. Night Owl katanya. Ada yang Buat kerja office, Ada yang buat kerja sekolah, Assignment di universiti, atau ada juga yang duduk santai depan TV takde buat apa-apa kan? Tiba-tiba je lapar. Tapi bila ke dapur, takde makanan la p**a 😢😢
HAAA. SEBABTU LA KENA GRAB KITA PUNYA TORTILLA NI BANYAK-BANYAK! BUAT STOCK TERUS DEKAT RUMAH! KONGSI DENGAN FAMILY DAN ORANG TERSAYANG. CONFIRM MAKIN DISAYANGI 🥰🥰🥰
KELEBIHAN TORTILLA CHIP DARI GOLDEN BITES:
🌽 Rasa JAGUNGG Asli
🌶️ Flavour SPICY
🍢 Flavour BBQ 🔥
🧀 CHEESY & CRUNCHY
😋SEKALI BITE TAK CUKUP PASTI NAK LAGI 😋
WASAP SEKARANG!!
06/01/2023
TAHUKAH ANDA?
Apakah itu MSG? MSG adalah ‘Monosodium Glutamat’. Glutamat merupakan asid amino yang memberikan rasa Umami. Ianya banyak terdapat didalam makanan yang kaya protein seperti daging, ikan, ayam, susu (termasuk susu ibu) dan sebagainya.
Glutamat boleh dihasilkan secara semula jadi didalam badan manusia seperti dibahagian otot, otak dan tisu-tisu organ lain. Ianya memainkan peranan penting dalam proses metabolisme badan.
Tiada had bagi penggunaan MSG sebagai bahan penambah perisa kerana badan-badan saintifik meletakkan MSG dalam kategori paling selamat iaitu “Pengambilan Harian Boleh Diterima (ADI) adalah tidak ditetapkan” berdasarkan data kajian saintifik.
Tambahan p**a, MSG adalah perisa yang mempunyai sifat “Self-Limiting”. Jika jumlah yang betul digunakan dalam masakan, maka masakan menjadi lebih sedap dan sebaliknya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Segamat
Muar
85000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 18:00 |
| Tuesday | 08:00 - 18:00 |
| Wednesday | 08:00 - 18:00 |
| Thursday | 08:00 - 18:00 |
| Friday | 08:00 - 18:00 |
| Sunday | 08:00 - 18:30 |