Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh

Share

09/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini 17 Ramadan, umat Islam akan memperingati Nuzul al-Quran, satu peristiwa penting yang mana wahyu pertama yang berupa lima ayat al-Quran diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Al-Quran merupakan mukjizat dan panduan lengkap yang tiada tolok bandingnya dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia bagi melayari bahtera kehidupan di muka bumi ini.

Di dalamnya terkandung sumber ilmu, hidayah dan pedoman yang benar dan diredai Allah SWT.

Marilah kita sama-sama tingkatkan kecintaan kita kepada al-Quran dengan sentiasa membaca, memahami dan menghayati isi kandungan demi manfaat semua.

Mengambil keberkatan Ramadan yang sudah menginjak hari ke-17, sama-samalah kita memperbanyakkan aktiviti tadarus dan tadabur al-Quran dalam bulan penuh berkat ini.

Insya-Allah, amalan sebegini akan memberi kita ganjaran pahala berlipat ganda sebagaimana telah dijanjikan Allah SWT.

Saya mendoakan kita semua diberi kekuatan dan kesihatan bagi menjalani ibadah puasa dengan sempurna sehingga berakhir Ramadan.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1447H/2026M.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


No 17 , Jalan Jaya 1/3 , Taman Pagoh Jaya
Muar
84600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00