Klinik Model STI Muar
TAHUKAH ANDA?🧐
Pencegahan lebih baik daripada merawat.
Bagaimana anda mencegah dari dijangkiti Gonorea ?
1) Tidak melakukan hubungan seks terutama dengan orang yang dijangkiti
2) Setia pada pasangan anda sahaja
3) Penggunaan kondom yang betul
4) Cuci kemaluan selepas membuang air kecil atau selepas hubungan seks.
01/12/2022
HARI AIDS SEDUNIA
1 DISEMBER 2022
EQUALIZE
Kesaksamaan untuk kesihatan bagi mengakhiri AIDS
Jom bersama kami menunaikan tanggungjawab bagi mengakhiri HIV/AIDS di Malaysia umunya dan di Johor khususnya.
lakukan saringan HIV sekarang. Ketahui status HIV anda.
Elakkan perilaku berisiko HIV
Tingkatkan pengetahuan anda berkaitan HIV/AIDS
hentikan stigma dan beri sokongan kepada golongan HIV/AIDS.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Malaysian AIDS Council
Klinik STI Model Batu Pahat
Klinik Model Bandar IOI Segamat
Klinik Model STI Muar
Klinik Penyayang - KK Model Kluang
24/11/2022
Lawatan kerja oleh Pegawai Malaysia AIDS Council (MAC) Tuan Said Azahari diiringi Dr Nurmawati Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit HIV / STI / Hep C JKNJ ; Mr. Chiam, Project Manager ILZ bersama Pakar Perubatan Keluarga, Dr Rosnah binti Mohd Tahir ; Encik Muhamad Nabawi bin Mohamad Khida, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran PKD Muar ; Pekerja Kesihatan Komuniti dan Penolong Pegawai Perubatan ke Klinik Model STI Muar
24/11/2022
STI-FACTS!
HEPATITIS C ialah jangkitan oleh Virus Hepatitis C yang menyerang hati. Ia boleh menyebabkan :
1) Kerosakan hati akut
2) Kerosakan sel hati kronik (sirosis)
3) Kegagalan hati
4) Kanser hati
BAGAIMANA IA MEREBAK?
1) Tranfusi darah dan produknya
2) Bertatu
3) Berkongsi jarum
HEPATITIS C TIDAK MEREBAK MELALUI :
1) Berpelukan
2) Susu ibu
3) Ciuman ringan
4) Berkongsi makanan
Ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit Hepatitis C ?
Jom dapatkan saringan HIV / STI / Hepatitis C secara PERCUMA di Klinik Model STI Muar !
SEMUA MAKLUMAT ADALAH RAHSIA! 🤫
Jangan ragu-ragu untuk hubungi pekerja kesihatan komuniti kami :
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
Mengetahui status Anda : Hak dan Tanggungjawab Anda
Jom dapatkan saringan HIV / STI / Hep C secara PERCUMA di Klinik Model STI Muar !
Kini Ujian Saringan boleh dibuat di lapangan mengikut kesesuaian tempat dan klien. Ujian tersebut akan dilakukan oleh Pekerja Kesihatan Komuniti (NGO), di bawah Intan Life Zone.
SEMUA MAKLUMAT ADALAH RAHSIA! 🤫
Jangan ragu-ragu untuk hubungi pekerja kesihatan komuniti kami :
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
Mengetahui Status Anda : Hak dan Tanggungjawab Anda
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Klinik Kesihatan Maharani
Muar
84000