KGDigitalDotCom

KGDigitalDotCom

Share

Photos from KGDigitalDotCom's post 20/02/2025

Assalamualaikum Facebookers Yang diKasehi Semua.
Arini tadi kome berpeluang makan tengoh hari di Nasi Ayam Gemas.
Jauh ngat aok gi makan yak??..
Nasi Ayam Gemas ande di Mentekak wehh..
Name kedei nye aje Nasi Ayam Gemas, kedei nye ditrapik lait nok ke mesejid ter aje..

31/12/2024

ASSALAMALAIKUM FACEBOOKERS SEMUA;

Terjumpa gambar lama Pekan Sehari, tapak niaga berbumbung dan ada juga pejabat kecil JPJ bersama lapang test kereta/motor tarik handbrake diatas bukit disitu.

ADA SESIAPA INGAT TEMPAT INI?

Kalau sesiapa ingat..memanglah dia orang lama yang tinggal di Temerloh ini..!!

Jom kita mengingatkan kenangan yang nostalgia; MENCUITKAN, MENYEDIHKAN, MENYERONOKKAN (mengorat dan bercinta?) dan apa lagi...

p/s; Credit gambar utama: Kamarul Firdaus dari Grup MALAYSIA KU DULU DULU

"LIVE" at TASIK PERBANDARAN TEMERLOH; AGRO VENTURE FUN WALK. 26/12/2024

ASSALAMUALAIKUM FACEBOOKERS SEMUA;

Rakaman "LIVE" pada: 25/12/2024 (Cuti Hari Chistmas) di Tasik Perbandaran Temerloh bersempena dengan acara "Agro Venture Fun Walk" yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Malaysia Cawangan Temerloh, Pahang.

Berbagai acara dijalankan, seperti senam santai aerobic, pertandingan memasak pelbagai jenis menu berasaskan daging lembu, Fun Walk untuk dewasa dan kanak-kanak sekeliling tasik, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Disediakan oleh pihak penganjur hadiah-hadiah mengikut nombor penyertaan yang diberikan kepada para peserta acara. Penyertaan acara-acara tersebut bukan sahaja kepada ahli-ahli pertubuhan malah terbuka kepada warga Daerah Temerloh. Sungguh meriah dan berjalan dalam suasana Ukhwah sesama peserta dikalangan semua bangsa warga Temerloh.

Acara "Agro Venture Fun Walk" ini akan menjadi acara tahunan bagi ahli-ahli pertubuhan ini ditahun mendatang nanti sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak penganjur.
Pertubuhan Peladang Temerloh mengalu-alukan orang ramai menjadi ahli dengan pelbagai imbuhan kemudahan dengan memberi harga diskaun keatas produk-produk yang di jual dikedai mereka yang terletak di No. 1263, Bandar Baru, Jalan Kuantan, 28000 Temerloh, Pahang.

"LIVE" at TASIK PERBANDARAN TEMERLOH; AGRO VENTURE FUN WALK. Made LIVE at TASIK PERBANDARAN TEMERLOH (Temerloh Municipality Lake)

Want your business to be the top-listed Media Company in Mentakab?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Lot 9957, Jalan Temerloh Industrial Park
Mentakab
28400