Pebedap Reloaded
Kami bermula 9 tahun yang lepas demi memenuhi aspirasi kebersamaan kami bersama komuniti dalam membawa agenda perpaduan dan semangat kesukarelawan.
13/03/2025
Assalamualaikum semua.
Sedikit trivia untuk program RAMADAN : TANGGA KE SYURGA 2025/1446H.
Jom bersama kami menjadi sebahagian daripada program ini demi kebaikan komuniti setempat di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.
Semoga setiap amalan yang kita ushakan di bulan yang barokah ini mendapat balasan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Innsya-Allah.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:
โSetiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: โKecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.โโ
(Hadis Riwayat Muslim)
Wassalam
Pebedap ๐๐
11/03/2025
Assalamualaikum semua.
RAMADAN : TANGGA KE SYURGA 2025M/1446H
1/3 Ramadan telah pun meninggalkan kita dengan begitu pantas sekali. Hari-hari yang berbaki ini marilah kita tekadkan diri menambahkan amalan dan terus istiqomah menyucikan diri. Jangan kita biarkan hari-hari di bulan mulia ini berlalu begitu saja.
Hakikatnya kita hanyalah pendosa yang sentiasa perlu mencari jalan-jalan taubat. Kini jalannya tersedia buat kita membasuh lumpur dosa sebelum melangkah ke tangga syurga. Keberadaan kita di bulan penuh pengampunan ini perlu digunakan sebaik mungkin.
Langkah kita dalam perjalanan taubat dan destinasi syurga itu sememangnya panjang dan melelahkan. Setiap langkah kita itu mujahadah dan perang kita yang tidak henti melawan nafsu dan kekufuran. Apa yang dekat hanyalah Dia dan destinasi yang pastinya begitu hampir adalah kematian.
Biarlah kita tersungkur di tangga surga bersama maghfirah daripada berpatah ke susur keluar lebuhraya neraka kerana kifarah.
Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa secara rasminya Pebedap melancarkan kempen untuk program Ihya Ramadan pada tahun ini.
Jadual program telahpun kami sediakan untuk informasi buat semua. Anda dijemput untuk bersama-sama memgimarahkan setiap program yang diadakan. Sebarang maklumat terkini berkenaan dengan program akan kita maklum dari masa ke semasa.
Kepada pihak yang berminat untuk berkolaburasi dan para dermawan yang berhajat untuk menyumbang kepada program kita pada kali ini bolehlah berbuat demikian melalui maklumat yang telah disediakan di dalam poster.
Semoga setiap amalan yang kita usahakan di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dan ganjaran pahala di sisiNya. Innsya-Allah.
Wassalam
Pebedap ๐๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Lanchang, Semantan
Mentakab
28500