Rakan Segari
Currently the coalition focusing on several Forest Reserve, Permanent Forest Reserve, Virgin Jungle Reserve and Pristine Beaches that scattered along the coastal rainforest such as Segari Melintang, Tanjung Hantu, Tanjung Burung, Teluk Kopiah, Batu Undan, Kota Siam, Gunung Tunggal, Talang Island and Pasir Panjang Recreational Forest. Apart from the nature space sustainability program we also focus
28/01/2025
Selamat Menyambut Hari Tanah Lembab 2025
Program Merentas Pulau Giam: Kesedaran Perlindungan Habitat Laut
Jom sertai kami pada 31 Januari hingga 2 Februari untuk Program Merentas Pulau Giam sempena fenomena air surut timpas di Pulau Pangkor!
Antara aktiviti yang akan berlangsung:
🌏Merentas sambil belajar mengenai habitat laut dari Teluk Nipah ke Pulau Giam
🌏Taklimat keselamatan oleh pihak berkuasa
🌏Taklimat kesedaran & pendidikan habitat laut oleh KUASA
🌏Pameran daripada pelbagai NGO & agensi
🌏Jualan
🌏Aktiviti sukan air
🌏Pertandingan mengambil gambar
🌏Sambutan Hari Tanah Lembap
Mari kita nikmati keindahan alam sambil memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab bersama menjaga khazanah semula jadi di Pulau Pangkor ini. Jangan lepaskan peluang untuk terlibat dalam program unik ini!
📅 Tarikh: 31 Januari - 2 Februari
📍 Lokasi berkumpul: Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Majlis Perbandaran Manjung
Ocean 9
07/09/2024
Jom ada kisah penyu di sana…
26/07/2024
Selamat Hari Bakau Sedunia!
Jumpa esok di Taman Paya Bakau Lumut 2020.
HARI HUTAN PAYA BAKAU SEDUNIA
26 Julai merupakan Hari Hutan Paya Bakau yang disambut setiap tahun di seluruh dunia. Tarikh ini telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai hari untuk meningkat kesedaran tentang ekosistem hutan paya bakau yang amat penting bagi kelestarian alam kepada masyarakat.
Semenjak di awal penubuhan KUASA, kami bekerja rapat dengan komuniti yang bergantung kepada hutan paya bakau untuk kehidupan mereka. Komuniti ini termasuklah kump**an nelayan serta penduduk kampung di sekitar hutan paya bakau. Kerjasama ini banyak mengajar kami tentang manfaat hutan paya bakau serta keperluan untuk memelihara serta memulihara ekosistem yang unik ini.
Jom, kita baca sedikit maklumat mengenai hutan paya bakau sempena Hari Hutan Paya Bakau Sedunia pada hari ini!
1. Hutan paya bakau juga dikenali sebagai hutan paya laut dalam istilah perhutanan.
2. Hutan paya bakau terletak di kawasan persisiran laut yang berlumpur dan bercampur dengan pasir serta mengalami fenomena air pasang surut.
3. Air di kawasan hutan paya bakau mempunyai rasa payau akibat campuran air laut dan air tawar.
4. Hutan paya bakau merupakan habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna yang mempunyai kepentingan biodiversiti tinggi seperti pokok bakau kurap, pokok bakau minyak, pokok berembang, pokok api-api, monyet, memerang, ikan belacak dan burung-burung. Hutan ini juga merupakan tempat persinggahan burung hijrah.
5. Hutan paya bakau merupakan tempat pembiakan bagi spesies-spesies laut seperti ikan, ketam, siput dan lain-lain. Benih, dedaun dan buah-buahan pokok-pokok spesies bakau juga boleh dijadikan makanan. Ini menjadikan hutan paya bakau penting sebagai sumber perikanan yang menjadi tiang keterjaminan makanan kita.
6. Pokok-pokok hutan bakau mempunyai keupayaan untuk menyerap karbon dan menghasilkan oksigen yang lebih tinggi berbanding hutan darat. Jadi, pokok-pokok bakau ini merupanya mekanisme semulajadi yang berkesan dalam menstabilkan suhu dunia di dalam krisis iklim iaitu pemanasan global yang sedang kita hadapi.
7. Hutan paya bakau ialah benteng pertahanan utama melawan bencana alam seperti ombak besar dan angin kencang dengan kekuatan akar dan kepadatan pokok-pokok dari hutan ini.
8. Hutan paya bakau juga merupakan zon penampan bagi mencegah hakisan pantai.
Sebenarnya terdapat banyak lagi manfaat, kepentingan & keistimewaan hutan paya bakau ini. Tambah lagi maklumat mengenai hutan paya bakau di ruangan komentar yang tidak kami senaraikan supaya boleh dibaca oleh yang lain ya!
Jangan lupa temu janji kita esok di Taman Paya Bakau Lumut 2020 ya.
Selamat Hari Hutan Paya Bakau Sedunia!
17/05/2024
ENGGANG PUN BOLEH KENA KENCING MANIS??!!
Memberi makan kepada hidupan liar termasuk Enggang (Kenyalang) dengan makanan yang kita (manusia) makan dengan niat untuk menyihatkannya sekalipun adalah tanggapan yang SALAH.
Musa Musbah (Renjer Sabah Forestry Corporation) menerangkan bahawa memberi makan kepada hidupan liar dengan makanan yang kita sebagai manusia makan seperti PISANG, DAGING & ROTI akan MENYEBABKAN HIDUPAN LIAR ITU SAKIT.
Tambah beliau lagi, "Makanan seperti PISANG yang diberi makan kepada ENGGANG akan menyebabkan ia mengalami penyakit DIABETES (kencing manis) dan MEMENDEKKAN USIA mereka"
Feeding wildlife including hornbills with food that human consume to make them healthier and have a longer life span is a misconception.
Saying this, Sarawak Forestry Corporation (SFC) honorary ranger Musa Musbah explained that feeding wildlife with what human beings eat such as bananas, meat and bread could cause them to get sick.
“Even fruits like bananas, they are sweet and repeatedly given to hornbills might cause them to have diabetes and shorten their lives,” Musa noted.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the school
Telephone
Website
Address
Lumut