Cikgu Razak
09/06/2026
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP & JEMPUTAN MANJUNG 2026
Ayuh warga Manjung dan peminat sukan sepak takraw!
Jangan lepaskan peluang menyertai Kejohanan Sepak Takraw Tertutup dan Jemputan Manjung 2026 yang bakal menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik bagi merebut kejuaraan dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persaudaraan.
Pertandingan ini bukan sekadar mencari juara, tetapi menjadi medan memperkukuh bakat tempatan, mengeratkan hubungan komuniti serta menyemarakkan kembali sukan tradisi yang dekat di hati rakyat.
Tarikh: 14 Jun 2026
Hari/Masa: Ahad, 8.30 pagi
Tempat: Arena Square, Taman Samudera, Seri Manjung, Perak
Hadiah Menarik Menanti Pemenang:
Johan: RM600
Naib Johan: RM300
Ketiga: RM150
Tarikh tutup penyertaan: 9 Jun 2026, jam 12.00 tengah hari
Undian: 10 Jun 2026, jam 6.00 petang di GLG ASTAKA Sitiawan
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
019-577 3276
017-536 9640
Jom daftar, jom turun, jom meriahkan gelanggang!
Sepak Takraw Warisan Kita, Semangat Juang Kebanggaan Manjung.
31/05/2026
KENYATAAN SOKONGAN PENERUSAN BAUCAR BUKU MADANI
Saya menyambut baik pengumuman penerusan Baucar Buku MADANI RM100 kepada pelajar sekolah menengah serta penuntut institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.
Inisiatif ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI terus meletakkan pendidikan, ilmu dan budaya membaca sebagai keutamaan negara. Dalam keadaan kos sara hidup yang masih mencabar, bantuan sebegini sedikit sebanyak membantu ibu bapa dan pelajar mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti.
Baucar buku ini bukan sekadar bantuan RM100. Ia adalah pelaburan ilmu untuk membina generasi muda yang lebih berpengetahuan, berfikiran kritis dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Sebagai bekas pendidik, saya percaya budaya membaca mesti terus disuburkan. Anak-anak kita hari ini hidup dalam era media sosial dan kecerdasan buatan, maka kemampuan menilai maklumat melalui pembacaan yang sahih dan berkualiti menjadi semakin penting.
Saya berharap ibu bapa, guru dan institusi pendidikan dapat menggalakkan para pelajar menggunakan baucar ini sebaik mungkin. Belilah buku yang benar-benar bermanfaat, bukan sekadar untuk memenuhi syarat bantuan tetapi untuk membina minat membaca sebagai amalan hidup.
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas komitmen berterusan memperkasa pendidikan anak bangsa.
Cikgu Abdul Razak bin Nazri
Ketua Cabang KEADILAN Lumut
01/05/2026
Sempena Hari Pekerja 2026, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja di Malaysia, khususnya di Parlimen Lumut dan Daerah Manjung.
Pekerja adalah nadi kepada pembangunan negara. Daripada penjawat awam, petugas kesihatan, guru, anggota keselamatan, pekerja industri, nelayan, peniaga kecil, pekerja gig, anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan, hinggalah kepada mereka yang bekerja di belakang tabir โ setiap keringat dan pengorbanan saudara-saudari amat besar maknanya.
Hari Pekerja bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi peringatan bahawa kebajikan, keselamatan, gaji yang adil dan persekitaran kerja yang bermaruah mesti terus menjadi keutamaan.
Saya percaya pembangunan negara tidak akan bermakna jika pekerja terus terbeban. Justeru, usaha memperkukuh ekonomi rakyat, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran, serta menjaga kebajikan pekerja mesti terus diperkasakan.
Selamat Hari Pekerja 2026 kepada semua warga kerja.
โPekerja Madani, Kesuma Bangsaโ
Ikhlas daripada,
CLR Hj Abdul Razak bin Nazri
Ketua Cabang KEADILAN Lumut
Ahli Majlis Perbandaran Manjung
1 Mei 2026
31/03/2026
๐ง๐ฎ๐ต๐ป๐ถ๐ฎ๐ต ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐๐ฎ ๐ฐ๐ฎ๐น๐ผ๐ป ๐ฆ๐ฃ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ธ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐ด๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป.
Lebih manis, keputusan SPM Negeri Perak tahun ini juga menunjukkan peningkatan apabila Gred Purata Negeri (GPN) bertambah baik kepada 4.49 berbanding 4.63 pada tahun sebelumnya, selain 982 calon memperoleh keputusan cemerlang. Ini petanda usaha pelajar, guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah benar-benar membuahkan hasil.
Kejayaan ini bukan sekadar soal angka tetapi bukti bahawa anak-anak Perak ada potensi besar untuk terus pergi lebih jauh jika diberi sokongan dan peluang yang betul.
Semoga pencapaian ini jadi pembakar semangat untuk semua calon terus melangkah ke hadapan dan membina masa depan yang lebih baik.
Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2025 Negeri Perak.
Cikgu Abdul Razak bin Nazri
Ketua Cabang KEADILAN Lumut
Ahli Majlis Perbandaran Manjung
31/3/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Manjung
Lumut