Kag9_2016

Kag9_2016

Share

24/04/2024

WIRA NAVAL AVIATOR TLDM KU
Kecemburuan melanda diri...kerana apa? Kerana pemergian mereka diketahui dan didoakan oleh seluruh warganegara Malaysia.

Titisan airmata membasahi bumi diiringi doa yang indah-indah belaka. Tak putus putus disingkap akan kebaikan mereka semasa mereka bersama kita.

Pengorbanan mereka terhadap ibu bapa, terhadap isteri dan anak-anak, terhadap teman sahabat, terhadap perkhidmatan terhadap negara menjadi bualan di setiap peringkat masyarakat.

Tangisan seorang isteri, tangisan ibu bapa, tangisan anak tatkala menerima kenyataan ini telah menyentuh hati setiap orang yang mengetahui peristiwa ini. Dan ingatlah mereka adalah Wira kita semua.

Sememangnya perit, sememangnya sakit, sememangnya sedih akan pemergian Wira Naval Aviator ini, akan tetapi ingat lah, tugas mereka di dunia ini telah selesai. Mereka telah menjadi wira di hati kita.

Wahai Wira Naval Aviator TLDM ku,
Jasamu, kebaikanmu, gelak senda guraumu, senyuman manismu serta perilakumu menjadi kenangan bersama. Semoga ditempatkan dalam kalangan yang terbaik.

Wahai diri kita semua.
Perjuangan kita di muka bumi ini belum selesai. Pengakhiran kita semua belum diketahui bagamanakah agaknya nanti.
Teruskan amal kebaikan tanpa putus harapan.
Sentiasa berdoa untuk diri, keluarga, anak anak, sahabat, bangsa dan negara. Moga moga kita turut ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan terbaik di dunia abadi kelak.

24/04/2024
Photos 14/04/2017

A day to be remembered. Rank promotion together with the closing ceremony for us. May everything turns out well.

Photos 12/04/2017

DINING OUT WITH LOVELY COMMANDING OFFICER OF KDSI 1 AND ALSO OFFICER OF KDSI 1. THANK YOU VERY MUCH SIR AND MAAM.. WE REALY APPRECIATE AND HONOURED. 😉😉😉😉

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Lumut?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


KDSI 1
Lumut