BN COMMS LUMUT
20/08/2024
Selamat Menyambut Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2024 kepada seluruh warga pentadbiran universiti awam di Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang selama ini senantiasa melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan komited.
Kita bergerak sebagai satu pasukan. Teruskan momentum kecemerlangan untuk mengangkat martabat pendidikan tinggi negara ke tahap lebih baik sejajar dengan aspirasi Kerajaan Madani.
“Keterlihatan dan Keterampilan Bakat Pemangkin Kecemerlangan Pentadbir Universiti”
19/01/2024
Assalamulaikum.
UMNO Bahagian akan mengadakan Program bertajuk "UMNO KITA' - Sebuah Perjuangan" bersama YBhg. Dato' Asyraf Wajdi Dato' Dasuki, Setiausaha Agung UMNO Malaysia akan di adakan seperti berikut :
Tarikh : 20.01.2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi (Pendaftaran)
Tempat : Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung
Pakaian : Merah-Putih / Bersesuaian
Tentatif Program.
8.00 am - Pendaftaran
- Sarapan pagi
8.40 am - Bacaan Doa
8.50 am - Nyanyian Lagu
Negaraku
UMNO
UMNO Perak
9.00 am - Ucapan
YB. Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir
Ketua UMNO Bahagian Lumut, Merangkap Menteri Pengajian Tinggi.
10.00 am - Ucapan & Penerangan Isu-Isu Semasa.
YBhg. Dato' Asyraf Wajdi Dato' Dasuki
Setiausaha Agung UMNO Malaysia.
12.30 pm - Bersurai
- Makan Tengahari
NOTA : Semua yg hadir akan diminta bergambar beramai-ramai dan akan diframekan utk dipersembahkan kpd YDP Agong sebagai tanda sokongan tanpa berbelah bahagi dari Ahli UMNO Bahagian Lumut.
19/06/2023
Saya ingin menyarankan untuk tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan supaya kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Anwar melihat semula tentang penglibatan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada tahun 2010 dan bagaimana fakta ini menyebabkan ketidakadilan ke atas Dato’ Sri Najib dalam penghakiman ke atasnya.
Hakim Mohd Nazlan sebelum ini tidak pernah mendedahkan bahawa beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank antara 2006 hingga 2015 dan dia juga tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada 2010 walhal
Maybank mempunyai peranan dalam penubuhan SRC.
Ini memberi asas kepada mana-mana pihak yang rasional bahawa Hakim Nazlan tidak dapat memberi kehakiman dengan minda yang objektif dan terbuka kerana penglibatan beliau dengan Maybank yang terlibat dengan penubuhan SRC. Maybank pernah menasihati 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menubuhkan SRC International sebagai sebuah syarikat khusus bagi tujuan perolehan aset strategik. Fakta berkenaan penglibatan Hakim Nazlan ini boleh menyebabkan penghakimannya terhadap Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai berat sebelah dan bias.
Walaupun tindakan Hakim Nazlan yang tidak menyatakan penglibatannya dengan Maybank ini mungkin tidak sampai ke tahap jenayah, namun ianya besar kemungkinan melanggar etika hakim dan adalah asas yang kuat untuk kes SRC Dato’ Sri Najib dibicarakan semula dengan hakim yang dilihat tidak berat sebelah dan tidak bias supaya keadilan dapat ditegakkan untuk semua.
Satu tribunal kehakiman wajar ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas perkara ini berdasarkan peruntukan dalam Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan ke atas salah laku hakim.
Salam.
ISHAM JALIL
19 Jun 2023
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Bilik Gerakan BN Parlimen Lumut
Lumut
32040