puteri.yy

puteri.yy

Share

08/03/2021

Korang pernah tak rasa, company insurans dan takaful yang wujud ni semua sebenarnya nak kaut duit kita je. Rakyat marhean yang tak faham pun fungsi sebenar insurans ke takaful ni.

Kalau korang tak pernah rasa, saya share sendiri apa yang saya rasa.

Kalau nak ikutkan, pernah dengar nama insurans ni dari zaman belajar dulu. Dia call-call suruh ambil. Entah macam mana terambil. Duit tolak tiap bulan tapi habuk pun taraa. Sudahnya, diabaikan dan polisi pun lapsed.

Masuk alam pekerjaan, saya memang berminat sangat tentang nak menyimpan dan nak grow my money. Mula lah baca buku-buku kewangan dan hadiri pelbagai seminar. And Alhamdulillah dapat konsisten.

Only a year later saya baru terbuka hati nak faham tentang takaful ni. Sebab saya rasa banyak sangat yang sebarkan benda berkaitan takaful ni dalam bahasa susah faham.

So buat research sendiri and ambil lah satu plan. Plan tu p**a bayar quarterly and asyik ter miss je autodebit sebab tak tahu tarikh sebenar kena tolak bila. Servis agent pun agak menghampakan, maka sekali lagi terbiarlah lapse sekali lagi.

Fast forward last year, Harith Faisal cucuk suruh jadi agent takaful since dah jadi agent UT juga. After few days berfikir, ok lah, why not.

Attend training buat assesment itu ini, baru faham fungsi takaful. Terfikir balik kenapalah aku dulu benak sangat nak faham benda-benda ni.

Takaful ni instrumen perlindungan. Memang tak boleh treat it as investment ke apa. Duit tu sebenarnya masuk dalam satu tabung. Kalau kita tak sakit dan tak dapat pampasan yang kita carum, kita dapat pahala sedekah sebab kita dah berbakti membesarkan tabung takaful ni untuk Islam yang lain.

Lagipun sekarang ni bukan macam dulu. Makan pun dah tak jaga, exercise apatah lagi. Sakit tu memang boleh datang bila-bila masa.

Takaful ni memang ibarat payung. Kita tak tahu bila nak hujan. Forecast boleh kata hari cerah, tapi kuasa Allah nak turunkan hujan takde siapa boleh hilang. Sebab tu kita standby je payung dalam kereta.

Kalau kita boleh takafulkan kereta kita, kenapa tidak nyawa kita?

kredit : Zulafandi Haris

Want your business to be the top-listed Finance Company in Lahad Datu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Perdana
Lahad Datu
91100