Majlis Belia Labuan
15/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2026 🌟🎉
Hari ini adalah hari kita — hari penuh semangat, impian dan keberanian untuk mencipta masa depan! 💪🔥
Belia bukan sekadar pewaris, tetapi penggerak utama perubahan negara 🇲🇾
Teruskan melangkah dengan yakin, bersuara dengan idea dan bergerak bersama dalam semangat perpaduan 🤝✨
Menggerak Belia 💙
02/05/2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-39
PERSATUAN GABUNGAN BELIA DAN BELIAWANIS KAMPUNG POHON BATU (GABPOBA)
LABUAN, 1 Mei 2026 - Persatuan Gabungan Belia dan Beliawanis Kampung Pohon Batu (GABPOBA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 yang berlangsung di Balai Raya Kampung Pohon Batu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Yusrie bin Mohd Daud, Timbalan Presiden Majlis Belia Labuan (MBL); Encik Mohammad Hazwan bin Tamin, Pengerusi GABPOBA; Encik Haryadi bin Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) merangkap Ketua Kampung Pohon Batu; Encik Dassuki Haji Zainal, Pengerusi Rukun Tetangga Kampung Pohon Batu; serta barisan Exco MBL.
Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu GABPOBA. Diharapkan agar kepimpinan ini dapat meneruskan usaha memperkasa golongan belia ke arah yang lebih progresif, berdaya saing dan dinamik, khususnya di Kampung Pohon Batu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Labuan