SRITI Labuan
10/04/2026
๐๐ SEMOGA MAJU JAYA KONTINJEN SRITI LABUAN KE MAHRAJAN AMAL ISLAMI SRITI (MAIS) PERINGKAT SRITI WILAYAH PERSEKUTUAN ๐๐
Assalamualaikum wbt,
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta Kontinjen SRITI Labuan yang akan menyertai Mahrajan Amal Islami SRITI Peringkat Wilayah Persekutuan 2026.
Semoga setiap usaha, latihan dan pengorbanan kalian diberkati Allah SWT.
Semoga dipermudahkan dan dilancarkan buat semua murid yang terlibat dan selamat maju jaya.
Membina Generasi Rabbani Murabbi
21/03/2026
๐โจ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M โจ๐
Dengan penuh kesyukuran, kita menyambut Syawal yang mulia setelah sebulan menjalani ibadah di bulan Ramadan. Semoga segala amalan, doa dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.
Di kesempatan ini, kami warga SRITI Labuan ingin memohon keampunan andai sepanjang perkenalan, pengajaran dan pergaulan, terdapat salah dan silap, terkasar bahasa, tersalah bicara atau terguris rasa tanpa sedar.
Sesungguhnya Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi ruang untuk kita memperbaiki hubungan dan mengukuhkan ukhuwah sesama insan.
Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa serta keberkatan yang berpanjangan dalam kehidupan kita semua.
Kami juga mendoakan agar semua murid, ibu bapa dan warga sekolah sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus diberi kekuatan untuk menuntut dan menyebarkan ilmu.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita.
Akhir kata,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Membina Generasi Rabbani Murabbi
TAKBIR RAYA SRITI LABUAN 1447H/2026M
Suara takbir bergema,
Menandakan kemenangan setelah sebulan berjuang menahan diri.
Mereka terdidik agar hati mengenal erti sabar, syukur dan taqwa.
Dari kecil diasuh iman,
Dari madrasah lahir harapan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"
25/02/2026
๐TAHNIAH DAN SYABAS UPKK 2025 SRITI LABUAN๐
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua Calon UPKK SRITI Labuan 2025 atas pencapaian yang membanggakan.
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih murid-murid, bimbingan guru-guru serta doa dan sokongan berterusan daripada ibu bapa.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Membina Generasi Rabbani Murabbi
13/02/2026
๐ TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH DIAGNOSTIK TAHUN 1/2026 ๐
๐Selepas Program Syahrul Ilmi wa Adab (SIWA) dijalankan selama 4 minggu, sekolah telah melaksanakan ujian diagnostik kepada semua murid Tahun 1 bagi menilai pemahaman dan perkembangan mereka dalam pelbagai bidang seperti membaca, menulis, menghafaz dan mengira.
๐Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada murid yang telah mendapat markah tertinggi dalam ujian. Selain itu, tahniah juga kepada semua murid tahun 1 kerana telah menunjukkan usaha, disiplin dan semangat tinggi sepanjang bulan ini.
๐Kejayaan ini adalah bukti dedikasi mereka dalam menimba ilmu dan membina akhlak yang baik.
๐Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
"Terus Memimpin"
"Membina Generasi Rabbani Murabbi"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Lot A2, Southsea Pearl Residences, Jalan OKK Daud, Kampung Merinding,, WP
Labuan
87000
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Friday | 08:30 - 17:00 |