Klinik Tibi W.P. Labuan

Klinik Tibi W.P. Labuan

Share

Merupakan pusat rawatan khas bagi pesakit Tuberculosis & Kusta (Leprosy) di Wilayah Persekutuan Labuan. Pusat ini bertanggungjawab menyelia rawatan, serta menjalankan program-program kawalan & pencegahan pesakit TB & Kusta. A one-stop clinic for patients with tuberculosis and leprosy in the Federal Territory of Labuan. This clinic is in responsible of supervising treatment and implementing control and preventative activities for TB and Leprosy patients in Federal Territory of Labuan.

Photos from Klinik Tibi W.P. Labuan's post 04/07/2023

Terima Kasih Petronas Chemicals Methanol Labuan Sdn Bhd di atas jemputan dalam menjayakan program HSE Week 2023.

Klinik Tibi W.P. Labuan bersama-sama dengan Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit JKN WP Labuan & Tabung Darah Hospital Labuan telah hadir memberikan perkhidmatan ceramah & saringan kesihatan sekaligus melakukan program derma darah yang telah mendapat sokongan yang sangat baik daripada warga Petronas Chemicals Methanol Labuan Sdn Bhd.

Bagi pihak Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, kami sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih atas jemputan dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan bagi membantu menyebarkan mesej melalui informasi pendidikan kesihatan yang terbaik dan terkini, seterusnya membantu meningkatkan ilmu warga Pulau Labuan mengenai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

Thank you, Petronas Chemicals Methanol Labuan Sdn Bhd, for inviting us to participate in the successful HSE Week 2023 program. Klinik Tibi W.P. Labuan, together with the Non-Communicable Disease Control Unit of JKN WP Labuan and the Blood Bank of Hospital Labuan, were delighted to provide informative health talks and health screenings, as well as facilitate a blood donation drive that received excellent support from the Petronas Chemicals Methanol Labuan Sdn Bhd community.

On behalf of the Federal Territory of Labuan Health Department, we would like to express our heartfelt appreciation for the invitation. We hope that this collaboration can be continued in the future, enabling us to disseminate the most accurate and up-to-date health education information, thereby enhancing the knowledge of the residents of Labuan Island regarding both communicable and non-communicable diseases.

21/05/2023

👨‍👩‍👦‍👦👨‍👩‍👦‍👦Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan.

Salah faham berkaitan penyakit Tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan. Komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia untuk menamatkan Tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan.🫁🫁

21/05/2023

🫁Tuberkulosis menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian. Sekiranya terdapat gejala, ada perlu dapatkan pemeriksaan ujian kahak dan X-ray dada.

Majoriti penyakit tibi adalah tibi paru-paru, tetapi pesakit juga boleh mendapat Tibi tulang, otak, kalenjar limfa, buah pinggang dan sebagainya.

❗Penyakit tibi boleh berjangkit daripada pesakit kepada orang yang terdekat. Ahli keluarga dan orang yang berhampiran dengan pesakit tibi dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan lanjut.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Klinik Tibi & Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan
Labuan
87018

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00