Polis Daerah Labuan

Polis Daerah Labuan

Share

POLISI FACEBOOK RASMI PDRM

PDRM mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada pengunjung dan menghormati hak asasi bagi setiap individu untuk kebebasan berfikir, kebebasan memberi pendapat dan berekspresi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagi memastikan facebook rasmi Polis Daerah Labuan mencapai objektifnya sebagai satu platform interaksi yang dapat memberi kesed

30/05/2026

Salam Kaamatan dan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat KDMR serta masyarakat Dayak yang meraikannya.

Semoga sambutan yang penuh bermakna ini membawa kegembiraan, keberkatan dan kesejahteraan kepada semua. Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati serta menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan” dan “Gayu Guru Gerai Nyamai”.

Semoga hasil usaha dan pengorbanan yang dicurahkan sentiasa diberkati, serta hubungan persaudaraan dalam kalangan masyarakat terus kukuh demi keamanan dan kemakmuran bersama.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026.

“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

Photos from Polis Daerah Labuan's post 29/05/2026

SOLAT JUMAAT PERINGKAT IPD W.P. LABUAN

Pada 29 Mei 2026 (Jumaat), telah berlangsung Solat Jumaat Peringkat IPD W.P. Labuan bertempat di Surau Musolla Ibnu Sina IPD Labuan. Khutbah Jumaat bertajuk “Raja Adil Berdaulat, Rakyat Setia Berkat” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasrun bin Mohd Kiflee selaku Imam dan Khatib.

Program ini telah dihadiri oleh warga IPD Labuan dan masyarakat setempat. Pelaksanaan Solat Jumaat berjalan lancar dan teratur serta memberi pengisian rohani yang bermanfaat dalam meningkatkan keimanan dan ketakwaan. Semoga program seumpama ini terus memperkukuhkan ukhuwah, perpaduan serta nilai-nilai murni dalam kalangan warga PDRM dan masyarakat.

Photos from Polis Daerah Labuan's post 29/05/2026

SOLAT SUNAT DHUHA DAN SUNAT HAJAT IPD LABUAN

8 Mei 2026 (Jumaat), bertempat di Surau Musolla Ibnu Sina, IPD Labuan, telah diadakan Solat Sunat Dhuha dan bacaan surah pilihan setiap minggu. Penganjuran program ini bertujuan memohon keberkatan rezeki, keselamatan, kesihatan serta keampunan Allah S.W.T khususnya buat seluruh warga IPD Labuan.

Photos from Polis Daerah Labuan's post 27/05/2026

PROGRAM SOLAT AIDILADHA & IBADAH QURBAN IPD WP LABUAN 1447H/2026M

Pada 27 Mei 2026 (Rabu), telah berlangsung Program Solat Aidiladha dan Ibadah Qurban Peringkat IPD WP Labuan bertempat di Surau Musolla Ibnu Sina IPD WP Labuan.

Program dimulakan dengan Solat Sunat Aidiladha dan khutbah khas, diikuti aktiviti ibadah qurban, melapah, merewang serta jamuan makan bersama warga IPD Labuan dan masyarakat setempat. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Polis Daerah WP Labuan, YDH DSP Robin @ Ridzuan bin Ismail bersama Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, PKP/PRP/PA serta orang awam dengan jumlah kehadiran seramai 120 orang.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidiladha, malah mengeratkan ukhuwah dan semangat kerjasama dalam kalangan warga IPD Labuan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Peti Surat 81004, Ibu Pejabat Polis Daerah
Labuan
87000