CEK ROZZ

CEK ROZZ

Share

08/08/2021

Dia..
Bukan sesiapa.
Hanya seorang penyanyi dan artis selebriti.

Suaminya..
Bukan sesiapa.
Hanya pelawak dan suami seorang penyanyi.

Tidak pernah bersua denganmu.
Kita berbeza tetapi kita sama.
Dirimu dan diriku seorang ibu.
Dan bagai mahu pecah dadaku saat menanti tiap berita darimu.
Hanya satu ku ulang, sembuhkanlah Siti Sarah!!😭

Dari suatu hari,
Allah jodohkan mereka.
Rumahtangga mereka diuji, mereka bertatih bersama dari bawah menuju puncak.

Paling menakjubkan,
Dari seorang freehair, dia mula menutup aurat.
Dari pakaian biasa, dia memilih yang labuh-labuh sahaja.
Hingga kisah cinta mereka dijadikan inspirasi..

Namun Allah Maha Agung menguji mereka.
Ya Allah, terkedu hati saat melihat videonya.
Dari masa ke semasa, ternanti berita kesihatannya.

Aku tertanya,
Insan bagaimanakah si ibu ini.
Dirinya didoa seluruh rakyat malaysia.
Setiap hati berdebar menanti perkhabarannya.
Dia makmum yg dinanti suami tercinta.
Dia ibu yg dirindu tiap jiwa si kecil..

Wahai Siti Sarah..
Pastinya dirimu insan yg penuh dgn kebaikan tersembunyi.
Yang sentiasa ditutur baiknya.
Yang sentiasa disebut sebut sayang oleh suaminya.

Ya Allah,
Insan ini, Siti Sarah Raisudin adalah insan yg baik.
Dia sentiasa berusaha menjaga auratnya.
Dia banyak menyebar kebaikan seisinya.
Banyak sedekahnya.
Baik sifatnya.
Ya Allah, dgn asbab kebaikannya,
Gantikanlah kesihatan dan kesembuhan yg baik buatnya.
Buatkanlah dia sedar dan kuat melawan ujianMu.
Kuatkan jua suaminya untuk terus berpaut padaMu.

Ya Allah,
Anak-anaknya merindui ibunya..
Kuatkanlah mereka hingga akhirnya.
Moga sinar harapan masih ada..

Bagaimana mungkin kami lemah sedangkan kami hambaMu Yang Maha Kuat!

Stay strong Sarah! Stay strong Shuib!
Doa kami bersama kalian..💕

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kulim
09000