SMK Seri Pinang Pages Rasmi
26/04/2026
"Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat", Peringkat sekolah-sekolah daerah Kulai telah diadakan pada hari sabtu, 25 April 2026. Alhamdulillah, SMK Seri Pinang memperolehi kemenangan :
NAIB JOHAN NASYID TERBUKA SEKOLAH MENENGAH &
ANUGERAH LIRIK TERBAIK NASYID TERBUKA SEKOLAH MENENGAH
- KUMPULAN AL-JAZZARI, SMK SERI PINANG
JOHAN TAHFIZ LELAKI SEKOLAH MENENGAH
- MUHAMMAD RAYYAN FITRI BIN MOHAMAD RAHMAD
KETIGA HAFAZAN LELAKI SEKOLAH MENENGAH
- MUHAMMAD AQIF IFFAT BIN ABDULLAH
KETIGA KHAT LELAKI SEKOLAH MENENGAH
- ABDUL SALAM BIN ABDUL HALIM
KEEMPAT KHAT PEREMPUAN SEKOLAH MENENGAH
- AQILAH NUR ABLAH BINTI ABDUL HALIM
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan guru-guru pembimbing atas usaha yang diberikan sehingga memperoleh kejayaan. Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dalam aktiviti ini.
Semoga kejayaan ini memberikan semangat kepada murid-murid lain untuk memperoleh kejayaan selepas ini.
24/04/2026
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada adik Muhammad Darwisy Adrian bin Zailey & adik Muhammad Muzaffar bin Munawer dari tingkatan 1 yang mendapat JOHAN & TEMPAT KETIGA bagi KEJOHANAN MEMANAH MSSD KULAI 2026...
24/04/2026
"PERMOHONAN SUMBANGAN INFAQ PEMBANGUNAN SURAU ASY-SYAFI'E, SMK SERI PINANG"
💫 Kami pihak Surau Asy-Syafie, SMK Seri Pinang ingin membuka peluang kepada tuan/puan untuk menyumbang dalam INFAQ PEMBANGUNAN SURAU ASY-SYAFI'E bagi keselesaan murid-murid SMK SERI PINANG.
💫 Pihak sekolah melalui Jawatankuasa surau berhasrat untuk melaksanakan PROJEK PEMBANGUNAN SURAU SEKOLAH bagi menampung pertambahan bilangan murid serta meningkatkan keselesaan dan kemudahan beribadah.
💫 Projek ini melibatkan kerja-kerja:-
📍Pembesaran ruang solat.
📍Penambahbaikan sistem pendawaian elektrik.
📍Pemasangan kipas.
📍Pembelian kelengkapan asas seperti karpet, rak kasut serta peralatan audio.
💸Kos yang dianggarkan sebanyak RM 30,000.
Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah semua amal perbuatannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya" (Hadis Riwayat Muslim)
Semoga sumbangan ini menjadi saham akhirat yang berterusan.
🗳Cara menyumbang melalui:
💳 Atas talian :-
Nama Bank : BANK RAKYAT
Nama Akaun : PIBG SMK SERI PINANG
No. Akaun : 1102436622
Reference : SURAU ASY-SYAFIE, SMKSP
Atau
💰Serahan Tunai kepada :-
Ustazah Siti Zahira binti Zakaria (013-5553337)
Ustazah Nor Waziellah binti Senin (019-7379192)
Segala sumbangan amat kami hargai.
Terima kasih atas keprihatinan tuan/puan.
Wassalam..❤️🌹
16/04/2026
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 &
Hari Anugerah Kecemerlangan SPM 2025
Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Medini, SMK Seri Pinang
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Hahasrin bin Hj Hashim Hahasrin Hashim. Terima kasih YB atas kesudian YB merasmikan majlis ini dan memberikan sumbangan kepada sekolah. YB juga turut merasmikan program "Infaq Pembangunan Surau Asy-Syafi'ie, SMK Seri Pinang".
Terima kasih tidak terhingga juga kepada pentadbir sekolah, guru-guru SMK Seri Pinang, YDP PIBG SMK Seri Pinang, En Fadzilul Khair bin Yusof dan AJK PIBG 2025/2026 kerana telah memberikan sokongan dan sumbangan dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua ibubapa yang hadir dan semua penerima anugerah kecemerlangan SPM 2026. Semoga majlis ini memberikan impak positif bagi memastikan kejayaan SMK Seri Pinang pada tahun ini.
12/11/2025
Selamat Datang ke Seri Santika...
*mohon share and like youtube ini..
seri santika SMK SERI PINANG Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Tun Abdul Majid, Bandar Tenggara
Kulai
81440