Cranberrich

Cranberrich

Share

08/07/2022

Kepelbagaian Variati Raspberi di Dunia

Tahukah awak semua, bahawa terdapat berpuluh-puluh buah raspberi yang berbeza dari segi warna, musim berbuah dan lain-lain? đŸ˜±

Mari Cik B kongsi bersama awak semua berkenaan dengan raspberi ini. Raspberi boleh dibahagikan kepada beberapa kump**an.

1. Mengikut saiz (besar, sederhana dan kecil)
*Nama Raspberi bersaiz besar
- Hercules
- Patricia
- Senator

2. Mengikut warna (kuning, merah, ungu kehitaman dan oren)
*Nama Raspberi berwarna kuning
- Kuning manis
- Musim gugur emas
- Embun pagi
- Raksasa kuning

3. Nama raspberi berwarna merah
- Tarusa
- Burung Api
- Kekar

4. Nama raspberi berwarna ungu kehitaman
- Cumberland
- Bristol
- Bara

5. Mengikut peringkat kematangan

6. Mengikut tahap ketahanan buah terhadap sejuk

Itu sahaja perkongsian untuk minggu ini.
Semoga informasi hari ini bermanfaat untuk awak semua. ❀

04/07/2022

Asal Usul Buah Raspberi

Pasti ada di kalangan awak semua ramai yang tak tahu tentang khasiat buah raspberi ini kan? Terutamanya bagi golongan wanita.

Tapi, adakah awak semua tahu dari mana asal-usul buah raspberi ini?

Pada hari ,Cik B akan kongsikan serba sedikit asal usul buah raspberi ini.

Tahukah awak semua buah beri merupakan antara makanan yang pertama dimakan oleh manusia?

Awal kemunculan keluarga raspberi ini ditemui di Pergunungan Caucasus dan kemudian tersebar ke seluruh pelusuk benua.

Dari masa ke masa, ia mula membiak dengan pelbagai variasi buah beri yang lain. Penanaman raspberi ini mula berleluasa di Eropah yang ditanam oleh masyarakat Rom.

Di Perancis, pengeluaran raspberi adalah penting sejak abad pertengahan.

Jangan tak percaya, raspberi ini mempunyai berpuluh-puluh jenis iaitu:

1) Raspberi Remontant - (menuai pada bulan Jun dan September):
Belle de Fontenay, September, Berbéranza, Heritage, Zeva, Honorine, Polka, Augustred.

2) Raspberi tidak Remontant - (menuai pada bulan Jun dan Julai):
Red Holland, Lloyd George, Flavi, Nootka, Grosse Knevett, Esperanza, Lulu manis.

3) Raspberry hitam
Allen, Cumberland, Jewel, Royalti Ungu.

4) Raspberi kuning
Ratu Emas, Tuhan Lambourne, Sweet Metz, Kejutan Musim Luruh.

Itu sahaja perkongsian Cik B pada hari ini.

Semoga informasi hari ini bermanfaat untuk awak semua. ❀

22/06/2022

Tomato Penaik Seri Wajah

Sudah pelbagai produk dipasaran yang awak semua gunakan, tetapi wajah tetap kelihatan kusam dan tidak berseri?

Sudahkah awak semua cuba cara untuk naikkan seri wajah dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dari dapur rumah sahaja?

Mari Cik B kongsikan, pasti ramai yang ingin tahu bagaimana caranya untuk menaikkan seri wajah dengan hanya menggunakan bahan dari dapur kan.

Tahukah awak semua bahawa tomato mampu untuk menaikkan seri wajah kita? Iya betul, dan lebih menarik cara penggunaanya sangat mudah.

Awak semua hanya memerlukan sebiji tomato yang sudah ranum dan jadikan masker. Mudah sahaja, ambil sebiji tomato dan tumbuk lumat, kemudian letakkan pada wajah.

Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu untuk keberkesanan yang optimum.

Khasiat penggunaan masker tomato ini bukan sahaja mampu untuk menaikkan seri wajah tau 
 tetapi ia juga sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat, memudarkan parut serta mengecilkan liang pori.

Tomato juga membantu untuk melambatkan proses penuaan. Ini kerana kandungan antioksidan dalam tomato yang tinggi.

Semoga perkongsian Cik B kali ini dapat memberikan informasi yang bermanfaat buat awak semua.

20/06/2022

Selamat Hari Bapa

Bapa, ayah, abah, papa serta apa jua panggilan bagi seorang bapa jasa dan pengorbanan beliau tidak terhitung nilainya.

Bapa mengajarkan erti pengorbanan, ibu mengajarkan erti kasih sayang dan ketulusan.

Seperti hari ibu, hari bapa turut diraikan dan disambut di seluruh dunia pada hari ahad ketiga dalam bulan jun.

Hargailah titik peluh seorang bapa yang telah bersusah payah mengerah tenaga demi mencari nafkah, menyediakan makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal yang selesa untuk keluarganya dengan keringat dan usaha beliau yang tiada ganti.

Bapa merupakan insan yang sentiasa bekerja keras demi kesejahteraan keluarganya. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan seorang bapa tidak mampu dibalas nilainya di dunia.

Semoga setiap titis keringat bapa dalam membesarkan anak-anaknya dan membahagiakan keluarganya diberi ganjaran pahala yang berterusan oleh Ilahi.

13/06/2022

Tahukah awak semua bahawa herba adalah sumber terawal ubat-ubatan yang menggunakan bahan-bahan semula jadi?

Herba-herba seperti kacip fatimah, tongkat ali, akar ginseng dan banyak lagi digunakan secara meluas di seluruh Asia kerana diyakini selamat dan berkesan.

Herba-herba tradisional mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, merawat ibu-ibu ketika berpantang dan banyak lagi.

Namun, pada masa kini, herba-herba boleh didapati dalam cara moden, iaitu melalui tablet, kapsul, sirap, krim dan plaster.

Setiap herba-herba semula jadi mahupun yang secara moden mempunyai kadar risiko yang tersendiri terhadap kesihatan sekiranya diambil tanpa kawalan.

Awak semua pilih herba tradisional atau produk kesihatan?

Kongsikan jawapan serta pandangan awak semua di ruangan komen.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kulai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


S2, Jalan Kenanga, Sedenak Mill
Kulai
81010

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:30
Sunday 09:00 - 17:00