MieCreative
17/02/2026
Gong Xi Fa Cai! & Happy Lunar New Year!🧧✨
Sempena Tahun Baru Cina ini, kami di Mie Creative ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelanggan dan followers yang dihargai.
Terima kasih atas sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang berterusan.
Semoga tahun ini membawa lebih banyak rezeki, kejayaan dan kebahagiaan buat anda dan keluarga.
Semoga terus maju jaya dan dilimpahi kemakmuran sepanjang tahun! 🐎🍊
16/11/2025
PREMIUM GIFT with Acrylic Box & Bookmark
======
Terima Kasih Politeknik Kuching, Sarawak atas tempahan Premium gift dan bookmark sempena Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Sarawak 2025.
Premium gift untuk VVIP ini adalah bersaiz A5 dan ia juga dihasilkan dengan gabungan acrylic dan kayu.
Kitak Padah, Kamek Polah
Apa yang anda inginkan, kami akan cuba yang terbaik untuk menghasilkan apa yang diingini anda. Insyaallah.
10/11/2025
Assalammualaikum & Selamat Petang semua..
Setelah sekian lama menyepi, baru sempat nak mengetuk kembali pintu page kami.
Kami menyepi di alam maya bukan bermakna tidak beroperasi tetapi terlalu sibuk menguruskan setiap urusan bisnes secara offline.
Terima Kasih pada Pihak Politeknik Nilai diatas tempahan plaka bersaiz A6 sebagai cendera kenangan kepada semua Graduan Konvokesyen Politeknik Nilai 2025.
Tempahan yang luarbiasa buat kami kerana pertama kalinya kami buat semua ni dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat.
Syukur Alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan.. Dari proses pembuatan sehinggalah ke pengeposan..
Dibantu dengan beberapa tenaga tambahan yang hadir tanpa dirancang.
Psstt.. Gambar dibawah ni hanyalah 1/3 daripada jumlah yang diorder.. Kalau disusun kesemuanya.. Tak taulah berapa banyak ruang yang diperlukan😅
"Kitak Padah, Kamek Polah"
Kami akan cuba buat yang terbaik ikut apa yang diinginkan semampu kudrat yang ada.. InshaAllah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Kuching
93050