DUBS Samarahan
23/01/2026
LAPORAN PROGRAM
AURA WANITA
Tarikh: 22/01/2026
Masa: 8 Malam - 10.30 malam
Tempat: E'NANG SARI
Penganjur: Dewanita Kota Samarahan
Penceramah: Pn Intan Payong
1. Ringkasan Program.
Program Aura Wanita telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Program ini bertujuan memberi pengisian rohani, emosi dan kesedaran diri kepada para wanita agar lebih menghargai potensi, kekuatan dalaman serta peranan diri dalam kehidupan seharian.
2. Pelaksanaan Program.
Sepanjang program berlangsung, pengisian disampaikan dengan penuh berkesan, menyentuh emosi dan minda para peserta. Suasana program sangat kondusif, tenang dan sarat dengan nilai refleksi diri. Peserta memberi tumpuan sepenuhnya dan terlibat secara aktif sepanjang sesi.
3. Maklum Balas Peserta
Secara keseluruhan, peserta amat terkesan dengan perkongsian yang disampaikan. Ramai peserta meluahkan rasa tersentuh, tersedar dan lebih berani untuk melakukan perubahan positif dalam diri. Program ini bukan sahaja memberi inspirasi malah membuka ruang penyembuhan emosi dan penguatan jiwa wanita.
4. Pencapaian Program
Program berjalan dengan lancar dan tersusun.
Objektif program berjaya dicapai.
Peserta menunjukkan respon positif dan emosi yang mendalam
Wujud permintaan dan harapan untuk kesinambungan program.
5. Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan sambutan dan impak yang diterima.
Pihak penganjur bersetuju untuk meneruskan program ini dalam bentuk Aura Wanita 2.0, dengan pengisian yang lebih mendalam dan berfokus kepada transformasi diri wanita.
6. Kesimpulan
Program Aura Wanita terbukti memberi impak yang sangat baik kepada para peserta.
Diharapkan kesinambungan program Aura Wanita 2.0 akan terus menjadi medium penyatuan, penyembuhan dan penguatan jiwa wanita.
Disediakan oleh:
Pn Intan Payong
Pengasas & Penceramah
Program Aura Wanita
20/09/2025
Kepada semua warga Kota Samarahan, marilah kita sama-sama memeriahkan Program FunRun sempena Samarahan Food & Cultural Festival (SFCF) 2025.
๐
Tarikh: 22 November 2025
โฐ Masa: 6.00 pagi
๐ Tempat: Tapak Pasar Tamu Desa Ilmu
Ayuh kita berlari sambil beriadah, mengeratkan silaturahim dan memupuk gaya hidup sihat bersama komuniti! ๐ฟ๐โโ๏ธ๐โโ๏ธ
07/09/2025
Laporan Ringkas Penyertaan Usahawan DUBS Samarahan
Karnival KPDN Wilayah Sarawak
Pada karnival anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Wilayah Sarawak, dua orang usahawan di bawah naungan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Samarahan telah mengambil bahagian secara aktif. Penyertaan ini memberi ruang mempromosikan produk tempatan serta memperkukuh jaringan keusahawanan bersama komuniti dan agensi kerajaan.
DโJunai Lekor (Junaidi Kaderi)
Produk utama: Keropok Lekor Segar dengan pelbagai variasi perisa.
Menampilkan kreativiti dalam pembungkusan moden serta promosi tagline โMantap & Paduโ.
Mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang tertarik dengan keaslian rasa tradisi serta inovasi persembahan produk.
Pop Corn Anas
Produk utama: Popcorn pelbagai perisa sesuai untuk semua peringkat umur.
Memperkenalkan konsep makanan ringan moden dengan harga berpatutan.
Menjadi tumpuan pengunjung khususnya golongan remaja dan keluarga kerana rasa yang unik dan mudah dinikmati.
Kesimpulan
Kehadiran kedua-dua usahawan ini membuktikan komitmen DUBS Samarahan dalam memberi sokongan kepada usahawan tempatan agar lebih berdaya saing. Karnival ini juga menjadi platform penting untuk memperkenalkan jenama tempatan ke pasaran lebih luas, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat.
20/08/2025
Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya atas keprihatinan dan sokongan berterusan beliau terhadap pembangunan komuniti usahawan tempatan.
Suntikan dana yang telah disalurkan kepada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Samarahan amat kami hargai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkasa lagi aktiviti serta program pembangunan keusahawanan di kawasan ini.
Sokongan seperti ini bukan sahaja membuktikan komitmen YB dalam memajukan usahawan Bumiputera, malah menyuntik semangat kepada kami untuk terus melangkah maju demi kemajuan bersama.
Sekali lagi, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
DEWAN USAHAWAN BUMIPUTERA SARAWAK CAWANGAN KOTA SAMARAHAN, SLR 1ST FLOOR, LOT4610 Block1, Desa Ilmu Ph. 16 Jalan Dato Mohd Musa Kota Samarahan
Kuching
94300