BAS.MY Kuching
BENUK, Q07 BATU KAWA, Q08 BAU, Q09 MUARA TEBAS, Q10 SERIAN, Q11 ARANG ROAD, Q12 TAMAN HUI SING, Q13 SIBURAN, Q14 STUTONG BARU/KUCHING CENTRAL, Q15 SUMMER MALL, Q16 TAMAN SUKMA
31/05/2026
Salam Malaysia Madani.
Kami Bas.My Kuching ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak yang meraikannya.
Gayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua! Ooooo Haaaa! πΎπ
22/05/2026
ππ BERITA BAIK UNTUK PELAJAR TINGKATAN 6 & PELATIH ILPK! π
Kad Konsesi Bas.My kini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6 serta pelatih institut latihan milik kerajaan bagi menikmati perjalanan yang lebih mudah, selesa dan menjimatkan di sekitar Kuching. π³β¨
β
Tambang lebih jimat
β
Perjalanan lebih mudah
β
Pengangkutan awam lebih selesa
Jom manfaatkan kemudahan ini dan pilih pengangkutan awam sebagai pilihan bijak harian anda! π©·π
Majlis Perasmian Laluan Baharu Bas.My Kuching | 9 Mei 2026 π©·ππ¨π€
10/05/2026
Kenangan sekitar Majlis Perasmian Laluan Baharu BAS.MY Kuching pada 9 Mei 2026 bersama Menteri Pengangkutan, YB Tuan Anthony Loke Siew F**k, Pengerusi LPKP Sarawak Michael Kong Feng Nian serta Pengarah Urusan Biaramas Express Lai Sin Kiong di The Summer Mall πβ¨
10/05/2026
Rakyat kini menikmati rangkaian laluan BAS.MY Kuching yang lebih meluas dengan pengenalan enam laluan baharu iaitu Q11 Arang Road, Q12 Taman Hui Seng, Q13 Siburan, Q14 Summer Mall, Q15 Stutong Baru/Kuching Sentral dan Q16 Taman Sukma yang telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew F**k di The Summer Mall pada 9 Mei 2026.
Penambahan laluan ini bakal memudahkan pergerakan harian rakyat di Kuching, Serian dan Samarahan selain membuka akses yang lebih baik ke kawasan perumahan, pusat komersial, institusi pendidikan dan kemudahan awam.
Turut diumumkan, Kad Konsesi BAS.MY kini diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6 serta pelatih Institut Latihan milik Kerajaan bagi membantu lebih ramai pengguna menikmati pengangkutan awam yang lebih mudah dan menjimatkan.
Sejak mula beroperasi pada 5 Mac 2025, BAS.MY Kuching telah mencatatkan 847,644 penumpang sehingga April 2026 dengan lebih 15,283 pemegang Kad Konsesi berdaftar.
Majlis turut dihadiri Pengerusi LPKP Sarawak, Michael Kong Feng Nian serta Pengarah Urusan Biaramas Express, Lai Sin Kiong.
09/05/2026
Ne tuju orang-orang Kuching tek, lagi-lagi yang diam di Samarahan ya. Juh datang rami-rami ke Summer Mall Kota Samarahan pada hari Sabtu, 9 Mei 2026 pada jam 10 pagi.
Kami Bas.My Kuching ada mengadakan Majlis Perasmian 6 Laluan Baru & pendaftaran kad konsesi PERCUMA (mengikut kategori) terhad untuk 300 orang sahaja. Jumpa kitak orang di sinun!
01/05/2026
Majlis Perasmian 6 Laluan Baharu BasMy Kuching bakal berlangsung!
π 9 Mei 2026
β° 10.00 pagi β 12.00 tengah hari
π The Summer Mall
Disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, dan anda semua dijemput hadir!
π Istimewa untuk anda:
π 300 kad konsesi PERCUMA untuk 300 pengunjung terawal!
π Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Jangan lepaskan peluang ini β datang awal, bawa kawan & keluarga!
π Jumpa anda di sana!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
NO 11, MARKET Street, LOT 65, SECTION 23, KUCHING TOWN LAND DISTRICT,, KUCHING
Kuching
93000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
| Saturday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |