SK Goebilt
Sekolah Kebangsaan Goebilt atau nama ringkasnya SK Goebilt, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pejabat Pelajaran Daerah, Jalan Diplomatik,. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Goebilt memiliki 191 pelajar lelaki dan 188 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 379 orang.
12/06/2026
ASPEK 1.1:PGB SEBAGAI PENERAJU
Standard Kualiti 1.1.7 :PGB menangani masalah pengoperasian sekolah secara profesional dan terancang
Standard Kualiti 1.3.3 :PGB menggerakan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara terancang.
ASPEK 2.2 :PENGURUSAN ASET
Standard Kualiti :2.2.1 Aset alih dan aset tak alih diurus secara sistematik dan terancang.
ASPEK 2.5 :IKLIM
Standard Kualiti 2.5.1 : Persekitaran fizikal diselengara secara sistematik dan terancang
Standard Kualiti 2.5.2 : Suasana yang selesa dan harmoni diwujud dan dikekalkan secara sistematik dan terancang.
ASPEK 3.3.3:PENGURUSAN KESELAMATAN MURID
Standard Kualiti 3.3.3.1 Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang
NAMA PROGRAM
PENUKARAN SAFETY ROAD KON UNTUK AUDIT KESELAMATAN FIZIKAL SKG
TARIKH
12 JUNE 2026(JUMAAT )
OBJEKTIF
1.Meningkatkan tahap keselamatan fizikal sekolah khususnya di kawasan laluan keluar masuk murid dan kenderaan.
2.Menggantikan peralatan keselamatan iaitu Safety Road Kon yang telah uzur, rosak dan kurang berfungsi dengan Safety Road Kon yang lebih berkualiti dan tahan lama.
3.Memastikan pengurusan trafik sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, teratur dan selamat.
4.Mengurangkan risiko kemalangan, pelanggaran dan pencerobohan kenderaan ke kawasan larangan.
5.Mematuhi standard Audit Keselamatan Fizikal Sekolah yang menekankan aspek kawalan akses dan keselamatan persekitaran sekolah.
RUMUSAN
Hasil pemantauan mendapati kon keselamatan sedia ada berada dalam keadaan uzur, pudar serta kurang jelas dilihat oleh pengguna jalan raya. Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menggantikan kon tersebut dengan Safety Road Cone baharu yang lebih besar, berwarna terang dan mempunyai ketahanan yang lebih tinggi. Penggunaan rantai keselamatan turut membantu mewujudkan sempadan laluan yang lebih jelas bagi mengawal pergerakan kenderaan dan pejalan kaki.
Pelaksanaan tindakan penambahbaikan ini menunjukkan komitmen pihak sekolah dalam memastikan aspek keselamatan fizikal sentiasa berada pada tahap yang baik demi kesejahteraan murid, guru, kakitangan dan pelawat sekolah.
JANGKAAN IMPAK
Kepada Murid
1.Meningkatkan keselamatan semasa hadir dan pulang dari sekolah.
2.Mengurangkan risiko kemalangan di kawasan laluan kenderaan.
Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan mematuhi laluan keselamatan yang ditetapkan.
Kepada Sekolah
1.Pejabat Pendidikan Daerah Kuchinggurusan trafik sekolah menjadi lebih tersusun dan terkawal.
2.Meningkatkan skor serta pematuhan terhadap Audit Keselamatan Fizikal Sekolah.
3.Membentuk imej sekolah yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah.
Kepada Ibu Bapa dan Komuniti
1.Memberi keyakinan bahawa keselamatan anak-anak sentiasa diberi perhatian.
2.Mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan semasa waktu puncak persekolahan.
TINDAKAN SUSULAN
1.Melaksanakan pemeriksaan berkala terhadap semua peralatan keselamatan fizikal sekolah sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.
2.Memastikan kon keselamatan dan rantai sentiasa berada dalam keadaan baik serta digunakan mengikut keperluan.
3.Menambah papan tanda keselamatan dan arahan lalu lintas di kawasan strategik sekolah.Belum dilaksanakan
4.Menjalankan pemantauan harian oleh pengawal keselamatan dan guru bertugas semasa waktu datang dan pulang murid.
5.Mengemas kini laporan Audit Keselamatan Fizikal Sekolah sebagai evidens tindakan penambahbaikan berterusan.
6.Merancang perolehan tambahan peralatan keselamatan lain seperti cermin keselamatan, lampu amaran dan penghadang laluan sekiranya diperlukan.
Kesimpulan:
Tindakan menaik taraf 5 unit kon keselamatan yang uzur kepada Safety Road Cone baharu merupakan langkah penambahbaikan yang signifikan dalam memperkukuh keselamatan fizikal SK Goebilt. Inisiatif ini selaras dengan usaha sekolah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan mesra warga sekolah.
Lets Build Succes and Confident Together
# Closing the Gap, Raising the Bar, Together We Succed
# Audit Keselamatan 360 darjah
Keselamatan Fizikal & Audit Dalaman
#5 Safety Road Kon
08/06/2026
ASPEK 1.1:PGB SEBAGAI PENERAJU
Standard Kualiti 1.1.7 :PGB menangani masalah pengoperasian sekolah secara profesional dan terancang
ASPEK 2.5 IKLIM
Standard Kualiti 2.5.1 : Persekitaran fizikal diselenggara secara sistematik dan terancang
ASPEK 3.3.3:PENGURUSAN KESELAMATAN MURID
Standard Kualiti 3.3.3.1 Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang
NAMA PROGRAM
TAKLIMAT AUDIT KESELAMATAN FIZIKAL BERSAMA PEKERJA KEBERSIHAN & KESELAMATAN
TARIKH
8 MEI 2026 (SABTU )
MASA
11.00 -12.00 TENGAHARI
PENGLIBATAN
Encik Azran bin Yan
Encik Rahim bin Adini
Puan Dayang Dzurina bt Awg Jublie
Puan Suriani bt Wantuyu
Puan Noraniza bt Abdullah @ Mary Ak Lingoh
Encik Raduan bin Bee
Encik Muhammad Khairol
bin Raduan
OBJEKTIF PROGRAM
1.Meningkatkan kefahaman pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan mengenai aspek keselamatan fizikal sekolah serta peranan masing-masing dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat.
2.Memastikan semua pekerja memahami prosedur pemantauan dan pelaporan terhadap risiko keselamatan seperti longkang terbuka, jubin rosak, tandas, kawasan kantin, laluan murid serta infrastruktur sekolah yang berpotensi mendatangkan bahaya.
3.Memperkukuhkan kerjasama antara pihak sekolah, pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan dalam melaksanakan audit keselamatan secara sistematik dan berterusan.
4.Meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga kerja dalam mengenal pasti, mencegah dan melaporkan sebarang risiko keselamatan sebelum berlaku kemalangan.
5.Menyokong pelaksanaan konsep Sekolah Selamat melalui budaya kerja yang proaktif, bertanggungjawab dan berfokus kepada pencegahan.
RUMUSAN PROGRAM
Taklimat Keselamatan Fizikal yang dipengerusikan oleh Guru Besar, Encik Juneyadi bin Ahmataku, telah memberi penekanan terhadap kepentingan pemantauan berterusan ke atas semua aspek keselamatan fizikal sekolah. Perbincangan melibatkan tanggungjawab pekerja kebersihan dan pengawal keselamatan dalam mengenal pasti risiko keselamatan, melaporkan kerosakan serta mengambil tindakan segera bagi mengurangkan kemungkinan kemalangan. Melalui sesi taklimat dan perkongsian pengalaman, pekerja kebersihan dan keselamatan telah memahami dengan lebih jelas prosedur audit keselamatan, kaedah pelaporan dan tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan. Program ini berjaya meningkatkan kesedaran bahawa keselamatan sekolah merupakan tanggungjawab bersama dan memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak.
JANGKAAN IMPAK
Impak Jangka Pendek
1.Pekerja lebih peka terhadap risiko keselamatan di kawasan sekolah.
2.Peningkatan kekerapan pemeriksaan kawasan berisiko tinggi.
Penambahbaikan segera terhadap kerosakan kecil yang dikenal pasti.
3.Pengurangan aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan fizikal sekolah.
Impak Jangka Sederhana
1.Pengurangan kes kemalangan melibatkan murid, guru dan warga sekolah.
2.Peningkatan keberkesanan sistem pelaporan dan tindakan susulan.
3.Peningkatan tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) keselamatan sekolah.
Impak Jangka Panjang
1.Terbentuk budaya kerja berasaskan keselamatan dalam kalangan pekerja dan warga sekolah.
2.Persekitaran sekolah yang lebih selamat, kondusif dan mesra murid.
3.Peningkatan keyakinan ibu bapa dan komuniti terhadap tahap keselamatan SK Goebilt.
TINDAKAN SUSULAN
1. Audit Keselamatan Berkala
Melaksanakan audit keselamatan fizikal sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.
2.Memberi tumpuan kepada kawasan kritikal seperti:
Longkang
Jubin dan laluan pejalan kaki
Tandas
Kantin
Koridor
Pagar sekolah
Lampu dan pendawaian
2. Sistem Pelaporan Segera
1.Menyediakan Buku Laporan Keselamatan Fizikal.
2.Mewujudkan kumpulan komunikasi rasmi bagi melaporkan kerosakan atau risiko secara segera kepada pihak pengurusan.
3. Pemantauan Harian
1.Pengawal keselamatan menjalankan rondaan dan pemeriksaan keselamatan mengikut jadual.
2.Pekerja kebersihan melaporkan sebarang kerosakan yang ditemui semasa menjalankan tugas harian.
4. Dokumentasi dan Evidens
1.Mengambil gambar sebelum dan selepas tindakan pembaikan.
2.Menyimpan rekod audit, laporan dan tindakan pembetulan untuk tujuan pemantauan dan penambahbaikan.
5. Program Kesedaran Berterusan
1.Mengadakan taklimat keselamatan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan
2.Menjadikan keselamatan fizikal sebagai agenda tetap dalam mesyuarat pengurusan sekolah.
6. Pemantauan Oleh Guru Besar
1.Guru Besar melaksanakan pemeriksaan mengejut secara berkala.
Menilai keberkesanan tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan.
Closing the Gap, Raising the Bar, Together We Succed
# Audit Keselamatan 360 darjah
Keselamatan Fizikal
Dalaman
29/05/2026
ASPEK 2.2 :PENGURUSAN ASET
Standard Kualiti :2.2.1 Aset alih dan aset tak alih diurus secara sistematik dan terancang.
ASPEK 2.5 :IKLIM
Standard Kualiti 2.5.1 : Persekitaran fizikal diselengara secara sistematik dan terancang
Standard Kualiti 2.5.2 : Suasana yang selesa dan harmoni diwujud dan dikekalkan secara sistematik dan terancang.
ASPEK 3.3.3:PENGURUSAN KESELAMATAN MURID
Standard Kualiti 3.3.3.1 Keselamatan murid diurus secara sistematik dan terancang
NAMA PROGRAM
PEMANTAUAN PERKEMBANGAN PROJEK DEWAN SERBAGUNA TERBUKA BERBUMBUNG
TARIKH
29 MEI 2026(JUMAAT)
1. OBJEKTIF PEMANTAUAN
1.Memastikan projek pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Kebangsaan Goebilt dilaksanakan mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan dalam kontrak.
2.Menilai kemajuan semasa projek dan mengenal pasti sebarang risiko kelewatan yang boleh menjejaskan tarikh siap projek.
3.Memastikan kualiti kerja pembinaan mematuhi spesifikasi teknikal, piawaian keselamatan dan kehendak pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
4.Mengukuhkan kerjasama antara pihak sekolah, kontraktor dan agensi berkaitan bagi memastikan isu yang timbul dapat ditangani secara proaktif.
5.Memastikan penggunaan peruntukan projek dilaksanakan secara berhemah serta memberi nilai terbaik kepada warga sekolah.
2. RUMUSAN PEMANTAUAN
Hasil lawatan dan pemantauan mendapati pihak kontraktor, MZ Resources, sedang melaksanakan kerja-kerja pembinaan Ground Beams (Rasuk Tanah) yang merupakan komponen struktur asas penting sebelum pembinaan tiang utama, lantai dan struktur bumbung dapat diteruskan.
Berdasarkan pemerhatian di tapak, kerja pemasangan tetulang besi (reinforcement), acuan (formwork) dan penyediaan struktur asas sedang dijalankan secara aktif dengan kehadiran 5 orang pekerja di tapak pembinaan. Komitmen kontraktor terhadap pelaksanaan kerja adalah memuaskan dan menunjukkan projek masih bergerak mengikut fasa pembinaan yang dirancang.
Walau bagaimanapun, setelah tempoh lapan (8) bulan pelaksanaan projek, pihak sekolah perlu terus memberi perhatian terhadap faktor cuaca, bekalan bahan binaan, tenaga kerja serta pematuhan jadual kerja bagi mengelakkan sebarang kelewatan yang boleh menjejaskan sasaran siap projek pada November 2026.
Secara keseluruhannya, kemajuan projek berada pada tahap yang memuaskan dan kerja-kerja pembinaan masih diteruskan mengikut perancangan semasa kontraktor.
3. JANGKAAN IMPAK
3.1Impak Terhadap Murid
1.Menyediakan ruang pembelajaran, perhimpunan dan aktiviti kokurikulum yang lebih kondusif.
2.Meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti sekolah tanpa terjejas oleh faktor cuaca.
3.Mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih ceria, selamat dan mesra murid.
3.2 Impak Terhadap Guru dan Staf
1.Memudahkan pelaksanaan program akademik, kokurikulum dan pembangunan profesional.
2.Menyediakan ruang yang lebih selesa untuk penganjuran mesyuarat, kursus dan aktiviti sekolah.
3.3Impak Terhadap Komuniti
1.Menjadi pusat aktiviti komuniti dan program kerjasama sekolah dengan PIBG serta agensi luar.
2.Meningkatkan imej dan kebolehlihatan SK Goebilt sebagai institusi pendidikan yang progresif.
3.4Impak Terhadap Organisasi Sekolah
1.Menyokong aspirasi sekolah dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang lengkap dan berkualiti.
2.Menjadi aset strategik jangka panjang yang memberi manfaat kepada generasi murid akan datang.
4. TINDAKAN SUSULAN
A. Pemantauan Berkala
1. Melaksanakan lawatan tapak sekurang-kurangnya dua kali sebulan oleh Guru Besar dan Jawatankuasa Pembangunan Sekolah.
2.Mendokumentasikan kemajuan projek melalui laporan bergambar sebelum dan selepas setiap fasa pembinaan.
B. Pengurusan Jadual Projek
1.Meminta pihak kontraktor mengemukakan laporan kemajuan bulanan dan peratus pencapaian kerja sebenar berbanding jadual asal.
2.Mengenal pasti lebih awal sebarang risiko kelewatan dan menyediakan pelan mitigasi bersama kontraktor.
C. Kawalan Kualiti
1. Memastikan setiap kerja struktur seperti footing, ground beam, kolum dan bumbung diperiksa sebelum kerja seterusnya dilaksanakan.
2.Mendapatkan pengesahan daripada pegawai teknikal berkaitan sekiranya terdapat perubahan reka bentuk atau spesifikasi.
D. Keselamatan Tapak
3.Memastikan kawasan pembinaan sentiasa berpagar dan tidak boleh diakses oleh murid.
4.Menjalankan audit keselamatan tapak secara berkala bagi mengelakkan kemalangan.
E. Pelaporan kepada PPD/JPN
1.Mengemukakan laporan kemajuan projek secara berkala kepada pihak PPD dan JPN sebagai bukti pemantauan berterusan oleh pihak sekolah dan didokumenkan menerusi FB Sekolah seperti saranan Tuan PPD
Lets Build Succes and Confident Together
# Closing the Gap, Raising the Bar, Together We Succed
# Audit Keselamatan 360 darjah
Keselamatan Fizikal
berkala Projek Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Bako
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |