MEDIACempaka

MEDIACempaka

Share

Semua maklumat dan informasi yang terdapat dalam MEDIACempaka ditulis dan disiarkan oleh Pihak Pengurusan Kolej Cempaka dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPK) Cempaka . MEDIACempaka tidak bertanggungjawab ke atas kesilapan maklumat dan informasi yang didapati selain daripada fanpage dan Group rasmi Kolej Cempaka . Penghuni juga diminta untuk merujuk ke Pejabat Kolej dan papan kenyataan kolej untuk maklumat lanjut .

Photos from MEDIACempaka's post 15/06/2026

ใ€๐‘๐€๐‰๐€ ๐‡๐”๐‰๐€๐‡: ๐๐„๐Œ๐„๐๐€๐๐† ๐ƒ๐„๐๐€๐“ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐‚๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”ใ€‘

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Cempaka Gemilang.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang Debat Piala CAS 2026 atas kejayaan dan pencapaian yang amat membanggakan.

Kemenangan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, kerjasama berpasukan yang erat, serta ketajaman hujah yang telah dipamerkan sepanjang pertandingan berlangsung. Setiap perdebatan yang disampaikan mencerminkan tahap intelektual yang tinggi serta komitmen yang luar biasa daripada semua ahli kumpulan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kolej Cempaka yang merangkul gelaran Johan, Kolej Allamanda merangkul gelaran Naib Johan dan UiTM Kampus Samarahan 1 atas kejayaan meraih tempat Ketiga.

Kejayaan ini diharap dapat menjadi inspirasi untuk terus mengasah bakat, meningkatkan keyakinan diri serta melahirkan lebih ramai pendebat yang berkualiti pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Exco Akademik & Inovasi๏ฟฝJawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka๏ฟฝSesi 2025/2026๏ฟฝUniversiti Malaysia Sarawak

๐—œ๐—ก๐—–๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฉ๐—˜ | ๐—œ๐—ก๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ | ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š
www.cempaka.unimas.my

Photos from MEDIACempaka's post 14/06/2026

ใ€๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐€๐๐„๐‹ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐ƒ๐„๐๐€๐“ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐‚๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”ใ€‘

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Cempaka Gemilang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan panel hakim Debat Piala CAS 2026.

Tahniah dan terima kasih di atas kesudian para hakim yang telah memberikan komitmen, masa serta kepakaran dalam menilai dan mengadili setiap perdebatan dengan penuh adil, telus dan profesional. Sumbangan anda semua amat besar dalam memastikan kelancaran serta kualiti pertandingan ini berada pada tahap yang terbaik.
Keputusan yang dibuat bukan sahaja mencerminkan kebijaksanaan, tetapi juga integriti dan pengalaman yang tinggi dalam dunia perdebatan. Tanpa sokongan dan dedikasi para hakim, kejohanan ini tidak akan dapat berlangsung dengan begitu lancar dan bermakna.

Sekian, terima kasih.

Exco Akademik & Inovasi
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka
Sesi 2025/2026
Universiti Malaysia Sarawak

๐—œ๐—ก๐—–๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฉ๐—˜ | ๐—œ๐—ก๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ | ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š
www.cempaka.unimas.my

04/06/2026

[๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐„๐๐€๐“ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐‚.๐€.๐’.]

Assalammualaikum, Salam UNIMAS Lestari dan Salam Cempaka Ku Cemerlang ๐Ÿฏ๐Ÿ’™

๐—˜๐˜…๐—ฐ๐—ผ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ผ๐˜ƒ๐—ฎ๐˜€๐—ถ, ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ท ๐—–๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ถ๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—–.๐—”.๐—ฆ. ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Pertandingan ini memberi peluang kepada semua mahasiswa kolej dan fakulti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi menonjolkan bakat dalam bidang pengucapan awam, pemikiran kritis serta keupayaan berhujah secara berkesan dan profesional.

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿฒ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜: ๐—ž๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ท ๐—–๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ, ๐—จ๐—ก๐—œ๐— ๐—”๐—ฆ
โฐ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ: ๐Ÿด:๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿฑ:๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด

๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‡๐’Š๐’Œ๐’Š๐’“ ๐’Œ๐’“๐’Š๐’•๐’Š๐’”. ๐Ÿง 
๐‘ฉ๐’†๐’“๐’”๐’–๐’‚๐’“๐’‚ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’๐’‚๐’”. ๐Ÿ—ฃ๏ธ
๐‘ด๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’Š๐’๐’‚ ๐’Ž๐’‚๐’”๐’‚ ๐’…๐’†๐’‘๐’‚๐’. ๐Ÿ”ฅ

Sekian, terima kasih.

๐—œ๐—ก๐—–๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฉ๐—˜ | ๐—œ๐—ก๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ | ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š
www.cempaka.unimas.my

Photos from MEDIACempaka's post 04/06/2026

[๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐”๐๐ˆ๐Œ๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”]

Assalamualaikum wbr, Salam UNIMAS Lestari dan Salam Cempaka Ku Cemerlang ๐Ÿฏ

Kesihatan mental dan kesejahteraan holistik merupakan teras utama dalam melahirkan mahasiswa yang dinamik dan berdaya saing. Dengan bertemakan *_"Stress, Studentโ€™s life, Self Harm"_* program ini dianjurkan khas sebagai platform sokongan bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan pengurusan tekanan, realiti kehidupan bergelar pelajar serta kesedaran dan pencegahan isu mencederakan diri.

Program ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 8:30 PM sehingga 10:30 PM
Tempat: Dataran, Kolej Cempaka
Anjuran: Inisiatif Sokongan Pelajar & Kesihatan Mental UNIMAS

Sesi perkongsian ini diharap dapat memberikan input yang substantif kepada para pelajar. Bersama membina kampus yang sihat, sejahtera dan prihatin.

Sekian, terima kasih.

๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜„๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ท ๐—–๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ธ

๐—œ๐—ก๐—–๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ฉ๐—˜ | ๐—œ๐—ก๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ | ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š
www.cempaka.unimas.my

Want your hotel to be the top-listed Hotel in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kolej Cempaka
Kuching
94300