PEMBINA UNIMAS Official
WADAH GENERASI BARU
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah persatuan belia kebangsaan yang ditubuhkan pada September 2006. PEMBINA berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan dengan nombor pendaftaran PPBM 2111/09. PEMBINA telah mempunyai 17 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
***
MATLAMAT PENUBUHAN
Matlamat utama penu
𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤: 𝐁𝐚𝐥𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐚𝐥𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧
𝐍𝐚𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚: 𝐇𝐚𝐧𝐚𝐧𝐢 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫
𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡: 𝐈𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐕𝐢𝐬𝐮𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤
Assalamualaikum, sekali lagi syabas diucapkan kepada semua pemenang atas penghasilan karya video yang luar biasa. Setiap naskhah berjaya membawa mesej solidariti dan kemanusiaan yang sangat menyentuh emosi. Karya anda membuktikan bahawa seni visual mampu menjadi medium dan suara yang kuat untuk isu sejagat. Semoga pengiktirafan ini membakar semangat anda untuk terus menghasilkan kandungan yang bermakna. Teruslah berkarya dan memberi inspirasi kepada ukhuwah di luar sana.
𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 (𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀)
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔
15/05/2026
[ 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐃𝐒: 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐔𝐌𝐌𝐀𝐇 ]
Assalamualaikum w.b.t rakan-rakan mahasiswa UNIMAS!
Sejauh mana kita memahami denyut nadi perjuangan Al-Quds? Adakah ia sekadar lembaran sejarah lama atau realiti yang menuntut tindakan kita hari ini?
Jom hadirkan diri ke forum eksklusif ini untuk mengupas tuntas isu ummah bersama barisan panel yang berpengalaman!
🗓 𝚃𝙰𝚁𝙸𝙺𝙷: 𝟷𝟻 𝙼𝚎𝚒 𝟸𝟶𝟸𝟼 (𝙹𝚞𝚖𝚊𝚊𝚝)
⏰ 𝙼𝙰𝚂𝙰: 𝟼.𝟶𝟶 𝙿𝙼 – 𝟷𝟶.𝟶𝟶 𝙿𝙼
📍 𝚃𝙴𝙼𝙿𝙰𝚃: 𝚁𝚞𝚊𝚗𝚐 𝚂𝚘𝚕𝚊𝚝, 𝙿𝙸𝚃𝙰𝚂, 𝚄𝙽𝙸𝙼𝙰𝚂
KENAPA ANDA WAJIB HADIR?
✅ Makanan & minuman disediakan
✅ E-Sijil disediakan
✅ Terbuka kepada SEMUA pelajar UNIMAS
📞 SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI:
Saudara Riqmal (Pengarah): 010-943 8012
Saudara Hamizan (Timbalan Pengarah): 013-559 7316
𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 (𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀)
𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
04/05/2026
KEMPEN MEDIA MASSA: Nadi Palestin - Day 04
03/05/2026
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐙𝐀𝐋𝐈𝐌𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐍𝐔𝐇 𝐇𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Seluruh warga kampus telah dikejutkan dengan satu insiden menyayat hati yang berlaku pada 2 Mei 2026, melibatkan tindakan menzalimi dan membunuh haiwan di kawasan kampus.
Perbuatan kejam ini bukan sahaja mencerminkan hilangnya nilai kemanusiaan, bahkan menunjukkan kemerosotan akhlak yang serius dalam kalangan individu yang terlibat. Tindakan sedemikian jelas bertentangan dengan prinsip ihsan dan tanggungjawab sebagai manusia terhadap makhluk lain.
Sebagai sebuah institusi yang mendidik generasi berilmu dan berakhlak, kampus seharusnya menjadi ruang yang selamat, harmoni dan penuh nilai kasih sayang - termasuk terhadap haiwan. Sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan tidak boleh dinormalisasikan, apatah lagi dibiarkan tanpa tindakan tegas.
Insiden ini juga memberi kesan negatif terhadap imej kampus serta kesejahteraan emosi warga universiti. Jika tidak ditangani dengan serius, ia berpotensi membentuk sikap tidak peduli terhadap nilai kemanusiaan dalam kalangan mahasiswa.
Sehubungan itu, PEMBINA menggesa pihak pentadbiran kampus dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil tindakan tegas terhadap pelaku. Pada masa yang sama, usaha kesedaran dan pendidikan berkaitan nilai ihsan terhadap haiwan perlu diperkasakan dalam kalangan mahasiswa.
Seluruh warga kampus, khususnya mahasiswa, diseru untuk bersama-sama menolak sebarang bentuk kezaliman terhadap haiwan serta memupuk budaya kasih sayang dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Address
Tingkat 1, SL 60 Blok C, Lot 11780, Aiman Mall, Commercial Centre
Kuching
94300