APM Kuching
Sukarelawan yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan keturunan bersemangat memberikan khidmat kemanusiaan, bantuan kecemasan dan membantu menangani bencana kepada masyarakat setempat (sekitar Bahagian Kuching)
Untuk sebarang kes dan bantuan kecemasan, sila hubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuching di talian :
082-252940
082-252941
26/05/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M kepada seluruh umat Islam. 🌙✨
Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi lambang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab. Semoga semangat pengorbanan yang dizahirkan pada hari yang mulia ini dapat memperkukuhkan nilai perpaduan, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.
Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha bersama keluarga dan insan tersayang, marilah kita bersama-sama terus mengutamakan keselamatan, kesejahteraan serta semangat saling membantu antara satu sama lain.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Ikhlas daripada
Warga Kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuching
26/05/2026
TADBIR URUS PEJABAT SIRI 7 - LAWATAN PEGAWAI PERTAHANAN AWAM DAERAH (PPAD) KUCHING KE PEJABAT APM ZON SELATAN (PDPA SEBUYAU)
Kuching | 26 Mei 2026 | Selasa
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching, Lt. Kol. (PA) Ismail Bin Mahedin telah mengadakan sesi lawatan ke Pejabat APM dibawah seliaan ZON Selatan Sarawak.
Lawatan telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh sistem pengurusan, pentadbiran serta pemantapan operasi di peringkat zon dan daerah.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau tahap kesiapsiagaan pejabat, pengurusan aset, dokumentasi pentadbiran, pengurusan logistik serta aspek tadbir urus yang menjadi tunjang kepada kecekapan penyampaian perkhidmatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Sepanjang lawatan berlangsung, pelbagai sesi semakan, pemantauan dan perkongsian pandangan telah diadakan bagi memastikan setiap pejabat daerah sentiasa berada pada tahap terbaik dari segi pengurusan organisasi, disiplin kerja serta kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan bencana.
Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan kerja, meningkatkan semangat kerjasama berpasukan serta menyelaras hala tuju pentadbiran agar selari dengan aspirasi dan standard pengurusan APM.
Diharapkan agar pelaksanaan lawatan ini dapat terus memperkasakan budaya kerja cemerlang, profesional dan berintegriti dalam kalangan warga APM khususnya di Zon Selatan demi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat sentiasa cekap, pantas dan berkesan.
Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching
24/05/2026
LATIHAN BULANAN ANGGOTA PASUKAN PDPA KUCHING BIL. 4 TAHUN 2026
KUCHING | 24 MEI 2026 | AHAD
Latihan bulanan kali ini telah memberi penekanan kepada aspek kemahiran penyelamatan dan bantuan kecemasan bagi memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan anggota Pasukan PDPA Kuching dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.
Antara silibus latihan yang telah dipelajari adalah:
🚑 BLS CPR
🚑 BLS Infant Choking
🚑 BTLS Airway Management
🚑 BLS Ambulance Equipment
Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran praktikal serta keyakinan anggota dalam melaksanakan tugas menyelamat dan memberi rawatan awal secara efektif, pantas dan profesional.
Syabas dan tahniah kepada semua anggota yang terlibat atas komitmen serta semangat yang ditunjukkan sepanjang latihan dijalankan. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan ketika menjalankan tugas demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
TM 300
Kuching
93300
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |