Q-Clothes 4Me&U
Projek Q-Clothes4Me&U telah beroperasi sejak tahun 2019 dibawah organisasi kebajikan berdaftar JPPM , Pertubuhan Amal QC (Quality Clothing). Tujuan utama projek ini adalah untuk membekalkan pakaian bantuan yang bersih, diasing mengikut permintaan atau katagori pakaian untuk mengelakkan pembaziran fabrik. Kami amat menekankan kualiti pakaian bantuan yang seterusnya akan dimanfaatkan semula oleh ses
Ya Allah, jadikan setiap usaha kecil ini sebagai ladang pahala yang berterusan buat kami dan semua yang terlibat terutamanya para penyumbang, sukarelawan, dan setiap insan yang membantu menjayakan usaha Pusat Amal QC .
Dalam keberkatan bulan Syawal ini, kami terus menerima mereka yang datang dengan harapan untuk mencari pakaian, keperluan pakaian harian, dan sedikit kelegaan untuk meneruskan kehidupan. Kami memohon agar setiap bantuan yang disalurkan menjadi asbab untuk meringankan beban mereka yang memerlukan, serta menghadirkan senyuman dan kegembiraan dalam hati mereka.
Kami juga memahami bahawa bagi ramai ketua keluarga, Ramadan dan Syawal adalah waktu yang mencabar dari segi kewangan. Justeru, setiap sumbangan yang diberikan, walaupun kecil, membawa makna yang sangat besar dalam membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terus menyokong dan mempercayai misi Pusat Amal QC. Tanpa anda, usaha ini tidak mungkin dapat diteruskan.
Semoga setiap kebaikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda dan keberkatan yang tidak putus-putus.
Aamiin InsyaAllah.
02/04/2026
Pusat Amal QC menerima kunjungan sepasang suami isteri yang datang mencari keperluan raya. Dengan penuh harapan, mereka memilih pakaian dan barangan yang diperlukan untuk menyambut Syawal dengan lebih bermakna.
Apa yang paling menyentuh hati, mereka p**ang dengan senyuman yang begitu jelas terpancar. Tanda kegembiraan dan rasa syukur. Saat seperti inilah yang mengingatkan kami bahawa setiap usaha kecil mampu memberi kebahagiaan yang besar buat mereka yang memerlukan.
Semoga bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan menceriakan sambutan hari raya mereka.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang tidak pernah jemu menyokong misi kami. Bersama, kita terus berkongsi rezeki dan menyebarkan kegembiraan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Pusat Amal QC RIVEREDGE Bandaraya Kuching Ground Floor, Lot 13317, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya
Kuching
93050
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 18:00 |
| Tuesday | 10:00 - 18:00 |
| Wednesday | 10:00 - 18:00 |
| Thursday | 10:00 - 18:00 |
| Friday | 10:00 - 18:00 |